Bab 9

Romance Series 8931

Sampai sahaja di mall,Kami pergi ke kedai baju.Angah pilih baju memang cerewet. Aku dengan kak Nia layankan aje. Selesai membeli baju, kami pergi ke kedai mamak nak makan. Kami berborak-borak.

"Yana dah habis belajar ni, buat apa ?" Soal Kak Nia.

"Entahla kak. Yana tengah tunggu peluang pekerjaan je sekarang ni" aku pun buntu nak kerja apa

"Tunggu peluang pekerjaan la sangat. Kalau peluang kerja tu tahun depan, tahun depan la Yana kerja macam tu ?" Eh angah ni nak membebel pula.

"Ish awak ni, sepatutnya awak sebagai seorang abang, tolong adik awak cari kerja, bukan cakap je" balas kak Nia. Aku hanya mengangguk setuju dengan kata2 kak Nia.Thank you kak Nia. Angah menunjukkan muka annoying

"Eh Yana. Akak baru teringat yang papa akak ada syarikat, tapi syarikat tu, adik akak yang uruskan. So sekarang ni adik akak tengah cari PA yang sesuai untuk dia. Akak rasa Yana sesuai kut. Itupun kalau Yana nak la" PA ?!?! Personal Assistant?? macam best je.

"Hah yana tu peluang depan mata takkan tak nak kut. Berbaloi tu. Rugi la kalau yana tak cuba" betul juga kata angah kan. Rezeki depan mata takkan nak tolak kan ?

"Macam mana Yana nak tak ? Kalau yana nak, akak boleh tolong Yana" nak ke tak nak. Mungkin ada rezeki aku kalau aku cuba.

"Boleh juga. Tapi yana takut la"

"Laa nak takut apa? " soal kak Nia.

"Yana takut time interview tu yana tak dapat" aku takut tu je. Dibuatnya dia tanya soalan yang aku tak tahu macam mana ?

"Yana jangan risau la. Biasanya kalau interview ni, dia tanya pasal diri yana dan tengok sijil je" eh yeke ?

"Yana setuju tak ? " soalnya lagi

"Ok yana setuju" jawabku

**************************
Sampai sahaja di rumah, aku menceritakan perkara itu kepada mama dan papa.

"kalau yana dapat kerja tu, mama dan papa ok kan ?" Soalku

"mama dan papa tak kisah. Asalkan kerja yang Yana dapat tu kerja yang mulia" jawab papa.

"Thank you ma,pa. Yana naik dulu la eh" aku meminta diri untuk naik ke bilik.

Sampai di bilik, tiba2 telefon ku berbunyi diminta angkat. Kak Nia ?

"Hello, assalamualaikum akak"

"Waalaikumusalam, yana akak ada benda nak bagitahu ni"

"Hah apa dia kak ?"

"Esok Yana boleh pergi interview dekat syarikat papa akak"

"Hah betul ke ni kak ?"

"Betul la. Nanti interview tu start pukul 8 tau. So nanti yana get ready jela"

"Ya Allah, terima kasih sangat2 kak. Tak menyusahkan akak ke ni ?"

"Eh mana ada. Ala hal kecik je. Ok nanti akak mesej angah ok ? Akak ada kerja nak buat ni. Akak letak dulu eh telefon ni.. owh ya by the way nanti pergi tingkat 20 . Bye Good Luck. Assalamualaikum"

"Thank you. Waalaikumusalam"

Aku berlari turun ke bawah untuk memberitahu angah.

"Angah esok yana boleh pergi interview. Boleh hantar yana esok" angah hanya mengangguk. Aku berlari naik ke atas. Lalu ku capai telefon untuk memberitahu kawan2ku. Siapa lagi kalau bukan Arfa, syasya dan syamien. Aku menekan aplikasi whatsapp

'Assalamualaikum korang, doakan aku esok tau. sebab esok aku ada interview. Doakan aku dapat tau' - aku

'Hah ?? Interview apa pulak ni ?' -syamien

'Interview kerja la,'-aku

'kerja apa ?' -syamien

'interview untuk jadi PA je' -aku

'Wow, good luck yana' - syasya

'Good luck.. aku akan doakan kau' -arfa

'Good Luck yana, i know u can do it'- syamien

'Thank you'- aku

Aku menutup telefon. Lalu ku bangun pergi ke almari untuk mencari baju untuk temu duga esok. Aku tertarik dengan sepasang baju bewarna merah jambu dan dihiasi dengan daun2 bewarna hijau. Aku terus mencapai baju kurung itu dan shawl bewarma hijau untuk gosok. Selesai menggosok baju. Aku terus tido.

Keesokkan harinya, aku bingkas bangun dari tempat tidurku lalu aku mencapai tuala kesayanganku dan bergegas ke kamar mandi. Selesai mandi, aku terus bersiap-siap untuk ke bakal tempat kerja baharuku.

Aku mengenakan baju kurung berwarna merah jambu seperti yang ku katakan semalam. Kemudian, aku melilitkan tudung ke atas kepalaku ala ala Elfira Loy.

"Yana!! Dah bangun ke belum? Cepat nanti lewat pula. Angah bagi masa 30 minit je lagi. Kalau lambat Angah tinggalkan je Yana." kata Angah. Eleh kalau dia tinggalkan aku pun dia nk buat apa kat pejabat tu sorang-sorang. Baik tak yah pergi. Nak buat lawak pun agak agak la.

"Ye Ngah. Yana dah lama bangun ni." Jawabku. Aku turun ke bawah dengan segera untuk bersarapan pagi.

"Assalamualaikum, My beloved mama and papa. Good Morning." kataku sambil duduk berhadapan dgn mama. "Amboi, lawanya kau ni Yana. Pakai lawa lawa ni nak pergi interview ke nak ngorat bakal bos kau tu. Maklumlah dia kan beza setahun je dengan Yana." sakat Angah.

"Ish Angah ni pun. Tak baik la usik adik macam tu. Kalau dia nak ngorat pun apa salahnya? Cepat sikit mama dapat menantu." Kata mama sambil tersenyum ke arahku. Along dan papa hanya ketawa mendengar kata kata mama.

"Aik? mama ni dia ckp kat angah tak baik usik aku mcm tu. Tapi dia sendiri yang usik aku." ujarku dalam hati.

"Ok la Yana dah lambat ni. Yana pergi dulu ye. Doakan semoga Yana berjaya ye." tanpa membuang masa, aku mencapai fail yg mengandungi sijil sijilku lalu aku mencium tangan kedua dua insan yang paling berharga dalam hidupku termasuklah along dan kak mira

"Ye papa dan mama tak putus putus doakan Yana." Papa bersuara. "Yana baca doa banyak banyak tau. Selawat byk byk" kata along pula.

"InsyaAllah." kataku sebelum memasuki kereta.
"Yana cepatlah dah lambat ni." "Ye yana nk masuk la ni, ngah. Yana pergi dulu ye assalamualaikum.

"Waalaikumussalam." jawab mereka berempat serentak.

Beberapa minit kemudian, kami tiba di destinasi yg ditujui. Tanpa berlengahkan masa, aku menyalami angah dan menuju ke kaunter pertanyaan.

Tiba tiba, aku terlanggar seseorang yang baru sahaja keluar dari lif.

"Maafkan saya, saya betul betul tak sengaja langgar awak." kataku. Alangkah terkejutnya aku bila aku dapat tahu bahawa orang yang aku langgar tadi tu ialah Najmi. Bekas senior aku. Aku cam muka dia sebab memang dari dulu aku cari dia.

"Eh kau ni ikut aku ke apa? Kat sekolah muka kau. Kat tempat kerja pun muka kau." katanya lalu pergi meninggalkan aku seorang.

Eh eh mamat sewel ni. aku dah minta maaf tu dah la. Nak cari gaduh dengan aku pula. Tak pe tak pe. Kau belum kenal lagi siapa sebenarnya Aryana Sofea. Tapi macam mana dia boleh ada kat sini? dia kerja kat sini juga ke? hm tak mungkin la.

"Maafkan saya, cik. saya nak tanya ni. Kat mana nak interview kerja? sbb saya baru hari ni jejakkan kaki kat sini." Tanya aku kepada salah seorang pekerja di kaunter pertanyaan yg bernama Marsya.

"Oh sebentar ye." katanya lalu menelefon seseorang. Aku hanya mendiamkan diri. "Oh bos kata dia keluar ofis jap. Dia suruh awak masuk bilik dia dulu. Nanti dia datang. Mari saya ikut saya." Aku hanya membuntutinya dari belakang. "Oh tingkat 20. Tingginya." Kataku dalam hati.

Pintu lif terbuka. Kami berdua keluar dari lif lalu menuju ke bilik yang disebutkan sebentar tadi.

"Cik duduk la dulu ye. Nanti dia datang." ujarnya. "Terima Kasih." kataku. "Sama sama" jawabnya.

Sementara menunggu encik bos datang, aku tidak putus putus berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan segalanya. Aku berasa sedikit gementar.

Tombol pintu dipulas seperti ada seseorang yang membukanya sambil berkata "Maaf tunggu lama sebab saya ada hal sikit tadi."

Aku menoleh ke belakang lalu berkata "Oh tak pe tak......" aku terhenti seketika. Rupa rupanya.....

**********sambung*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience