Bab 1

Romance Series 8931

"Tititititit"

"Ni apahal pulak bunyi bom ni aduh kacau betul la. Ish lagi sikit lagi Putera Raja nak datang" Aku tengah syok tidur mimpi indah lepastu ada bunyi. Sape tak marah der." Yana..bangunlah dah pukul berapa ni tak pergi sekolah ke ? Nanti lambat la" jerit mama daripada bawah. Itulah mama kalau tak membebel tak sah. Ish nasib baik sayang. hehe.Aku lihat pada jam loceng pemberian abangku.

"Hah !!!! Dah pukul 6:50 pagi. Aduh sempat ke tak aku nak siap pergi sekolah ni !! Huhuhu. Dahla masuk sekolah pukul 7:20 pagi. Baru masuk sekolah baru dah buat kesalahan"

Aku segera mencapai tuala dan berlari ke bilik air. Selesai mandi, aku mengenakan pakaian sekolahku. Aku melihat cermin untuk membetulkan tudung aku." Mmm cantik jugak aku ni" sempat lagi puji diri sendiri. Hari ini adalah hari pertama aku di sekolah baru. Dahulu mama dan papa tinggal di Putrajaya. Sekarang kami tinggal di KL kerana papaku harus bekerja di syarikatnya yang baru sahaja dipindahkan ke KL. Automatik aku juga dipindah kan sekolah.huhu sedih der.

Aku mencapai beg sekolah lalu aku bergegas turun ke bawah." Yana makan dulu"kata mamaku.
"Mmm sorry ma,yana betul2 dah lambat ni. Papa,mama yana pergi dulu yer Assalamualaikum."

"Eh yana kau nak pergi sekolah naik ape ?" Kata along. Owh ya aku ade 2 orang abang yang aku sayang.Sebab mereka dua selalu menjaga aku dengan baik. Yang sulung namanya Muhammad Azim. Umur dia 20 tahun. Yang kedua Muhammad Azmi. Umurnya 19 tahun. Beza umur dieorang ni setahun..aku baru 16 tahun..huhu.

" jalan kaki. Dah lambat ni." Ujarku. " eh biar kiteorang hantar kata lambat. Pi tunggu kat depan. Nanti along dan angah datang"

"Ok"kataku

***********************

Aku masuk ke sekolah pertama ku.nasib sempat. Harini hari awal tahun persekolahan.So aku kena pergi pejabat untuk tanya kelas aku dimana. Bapa ku awal2 lagi sudah daftar. Jadi aku hanya perlu tahu kelas ku dimana.

"Assalamualaikum,mmm saya budak baru yang daftar haritu, boleh saya tahu saya kelas apa?"

"Waalaikumusalam, owh awak Aryana Sofea kan ? Kelas awak 4 Teratai iaitu kelas yang pertama awak keluar dari pejabat ni.. then straight sup sap sup sap sampai la kelas awak tu" kata pekerja kerani sekolah itu.

"Terima kasih" ujarku sambil tersenyum.

"Sama-sama" kerani itu turut membalas senyumanku.

Aku berjalan menuju ke tapak perhimpunan. Aku sangkakan dah tamat..rupanya ada lagi da...aku bertanya kepada pengawas yang bertugas dimana letaknya barisan kelas aku iaitu 4 Teratai.

**********************

Aku masuk ke kelas bersama dengan guru kelas.Suasana yang tadi kedengaran bising menjadi sunyi..seperti krik2 gitu.

"Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita di tahun ini.Owh ya di sebelah saya ini ada pelajar perempuan baru.Jadi Aryana sila kenalkan diri kamu kepada kawan2 kamu."Ujar guru kelas ku.

"Assalamualaikum. Nama saya Aryana Sofea. Korang semua boleh panggil saya Yana.Saya pindah ke sini atas urusan keluarga. Sekian terima kasih" menggeletar beb..tiba2 ada budak lelaki bersuara.

"Kalau panggil sayang boleh ? Hahahaha" Satu kelas bergema dengan gelak ketawa.

"Heh iman jangan nak gatal eh.saya denda kang baru tahu" ujar cikgu. Jadi budak lelaki tu nama iman..nama je iman..tapi iman tak kuat huh!

"Aryana, awak boleh mengambil tempat di tepi sana." Aku hanya menurut kata cikgu ku.

"Hi ! Nama saya Syamien. Awak duduk la sebelah saya ni. koshong lagi nih"Ujar Syamien kawan baru ku. Aku hanya menurut sambil tersenyum.

Tiba2 aku terdengar nama ku dipanggil dari belakang. Aku berpaling. " Hye yana ! saya Arfa dan yang ni pula syasya kami bertiga ni kawan rapat daripada tingkatan 1 lagi. Kalau awak tak kisah, awak boleh join group kiteorang." Ujar arfa sambil tersenyum..aku hanya mengangguk.

"Mmmm yana kalau kami bahasakan diri aku dan kau boleh " ujar syamien.

"Eh boleh je.aku tak kisah pun."

"Ok so kite geng. Sya nanti add die kat group whatsapp " kata arfa kepada syasya.

****************

Waktu persekolahan telah pun tamat.Aku mengemas buku dan alat tulis untuk dimasukkan ke dalam beg sekolahku. Lalu aku dan rakan2ku keluar dari kelas bersama2. Sewaktu aku dan rakan2ku berjalan menuju ke perhentian bas yang dikhaskan untuk murid sekolah, aku telah terlanggar seorang pelajar lelaki yang aku tidak kenali.

"Bukk"

"Wooi buta ke? Jalan lain kali tengok la depan. Tak pasal2 aku jadi mangsa langgar kau.Haduh masalah la kau ni" ujar lelaki itu.

Aku sempat melihat tanda nama nya 'Najmi' mmm nama sedap tapi perangai ish2. Aku membalas " Maafkan saya,saya betul2 tak sengaja langgar awak"

"Senangnya kau minta maaf kan."ujarnya lagi.

"Memang la senang..  ? Saya dah minta maaf kan ? Lagipun bukannya teruk pun langgar. Awak luka pun takde."Ujarku sedikit tegas.Tiba2 syamien bersuara

" erk senior najmi,maafkan dia sebab dia pelajar baru disini. Jadi dia tak beberapa tahu sangat" ujar Syamien sedikit ketar.

"owh patutlah. Takpa kali ni aku lepaskan, kalau aku jumpa kau lagi, siap kau " ujarnya. Sebelum beredar najmi sempat melihat tanda nama di tudung gadis itu

'Aryana Sofea'

******sambung********

Share this novel

camilia
2020-04-20 14:02:45 

best sgt cite ni.. bila nak update sambungan dia?


NovelPlus Premium

The best ads free experience