Bab 16

Romance Series 8931

"Kenapa dengan diaorang tu ?" Soal Najmi kepadaku

" tak tahu" jawabku.

Syamien P.O.V

Aku berlari sekuat hati. Kenapa aku kena jumpa dia lagi ? Orang tu dahla tak percaya pada aku. Tiba2 aku rasa tangan ku dipegang oleh seseorang.Aku toleh kebelakang. Nazim !!

"Lepaskan aku. Sakitlah" teriakku.

" Kau buat apa kat sini Syamien ? Pergi la dengan lelaki yang kau suka tu" ujarnya

"Aku buat apa kat sini ? Hello, Yana yang jemput aku ok. Ni majlis abang dia" jawabku.

"Dan ini adalah majlis kakak aku juga" aku tergamam. Jadi kakak Nazim dan abang yana berkahwin ?

"So, what ? Kenapa kau kejar aku ? Apa lagi yang kau tak puas hati ? Lepas kau tuduh aku bukan2 Hah ?" Aku tak mampu nak tahan suaraku.

" Eh aku bukan tuduh. Betul kan apa aku cakap ? Kau ni perempuan murahan sebab kau bagi lelaki pegang kau. Kau curang belakang aku" ujarnya lalu tersenyum sinis

'Pangggg'

"Stop it Nazim, aku penat dengar segala tuduhan kau.Aku tak pernah curang dengan lelaki lain. Lelaki yang pegang aku haritu cuma nak tolong aku dari jatuh tangga je. Kenapa kau fikir bukan2 ? Kau tahu tak aku sayang kau ? Aku sanggup buat apa sahaja dekat kau. Ini balasan kau dekat aku ? Eh aku masih waras lagi la Nazim. Aku masih tahu tentang hukum agama. Kau tak payah nak tuduh aku tanpa sebab. Dan kau ni pun bukannya baik sangat" Akhirnya terlepas juga rasa marahku kepadanya. Aku tidak mampu untuk menahan lagi.

Nafasku turun naik menahan amarah. Nazim memegang pipinya yang baru ditampar oleh aku. Senyap seketika. Nazim bersuara.

"Ahh alasan semuanya. Aku nampak depan mata aku sendiri. Kau berpelukan dengan dia dekat mall" tuduhnya lagi.

"Aku sayang kau Nazim. Aku percaya semua kata2 kau. Tapi kenapa kau tak pernah nak percaya kata2 aku ? Kau tak sayang aku ke Nazim ? Kau lebih percayakan apa yang kau nampak tanpa mendengar penjelasan seseorang" Air mata yang aku tahan tadi akhirnya menitis juga. Teresak esak aku menangis.

"Ya jujur aku cakap aku sayang kau. Tapi disebabkan kejadiaan tu. Aku tak boleh tahan. Aku makin benci dekat kau. Aku jijik. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila kau berpelukan dengan lelaki lain ? Aku jujur aku cemburu. Itu semua sebab aku sayang kau. Kau memang murah" aku hanya menunduk dengan sisa baki air mata.

"Stop it! aku tak buat benda yang haram. lelaki tu cuma tolong aku je Nazim. Percayalah. Jangan jadi bodoh Nazim" Rayuanku tidak diendahkan olehnya

"Aghh sudah. Aku taknak tengok muka kau lagi" Nazim pergi meninggalkan aku. Aku terduduk. Ya Allah, kenapa ini semua terjadi, aku tidak pernah membuat perkara2 yang haram. Kenapa dia tidak percayakan aku Ya Allah. Aku terus terusan menangis di situ. Mujur tiada orang di situ.

*******************
Yana P.O.V

"Haih awak saya rasa ada something tak kena la dengan dieorang. Kita ikut dieorang" jujur aku risau tengok sahabat aku macam tu. Kalau Syasya dan Arfa ada pasti dieorang akan rasa benda yang sama.

"Ok jom. Geng aku chow dulu. Ada hal" ujar najmi kepada rakan2nya. rakan2nya hanya mengangguk.

Cari punya cari. Rupanya Syamien di tasik yang ada di hotel itu. Aku lihat Syamien seperti jatuh. Aku dan najmi berlari ke arahnya.

"Syamien kau ok tak ? Macam mana boleh jatuh ?" Soalku risau. Dia hanya mengangguk. Aku pelik melihat sikapnya. Aku membantunya bangun. Apabila aku memandang wajah Syamien, kelihatan matanya sembab seperti orang baru lepas nangis.

"Ya Allah Syamien kau ok tak ni ? Kenapa kau nangis ni ? Pasal jatuh ke ?" Syamien hanya menggelengkan kepala. Aku memandang Najmi. Najmi juga membalas pandangan ku.

"Yana, aku minta diri dulu la. Aku letih la." Kata Syamien

"Ok kau balik la dulu. Kesian pula aku tengok kau ni. Nanti kalau dah ok, just cerita dekat kiteorang 3. Kami setia ada untuk dengar masalah kau." ujarku. Syamien hanya mengangguk lemah. Aku peluk Syamien.

"Take care". Syamien hanya senyum. Aku hanya menghantar Syamien dengan ekor mataku.

"Kenapa dengan dia ?" Soal najmi. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti.

"Jap adik awak mana ?" Ni lagi sorang. Pergi mana la haih..

"Entahla tadi dia ikut Syamien kan ?" Aku hanya memandang sekeliling.

"Haih dah la jom kita masuk dewan. Saya lapar ni" najmi hanya mengangguk.

Nazim P.O.V

Kenapa dia muncul lagi ? Aku dah benci tengok muka perempuan tu. Kenapa lepas aku dah lupa dia, dia muncul dalam hidup aku lagi ?

Syamien sebenarnya aku masih sayangkan kau. Sakit aku tengok air mata kau jatuh. Aku minta maaf sebab mungkir janji untuk tidak akan  buat air mata kau jatuh

Tapi lepas apa yang kau dah buat, aku tak boleh terima. Aku percaya kau Syamien. Tapi ego menguasai aku. Maafkan aku.

********sambung********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience