Bab 12

Romance Series 8931

Selesai kemas meja mamat sewel tu, aku lihat jam ada beberapa minit lagi waktu nak lunch.

"Mmmm nak buat apa eh? Kerja semua dah settle. Baik aku berkenalan dengan pekerja2 kat sini." Tiba2 aku dikejutkan dengan ketukan pintu. Apabila pintu itu dibuka dari luar, kelihatan seorang wanita yang lebih kurang sebaya aku masuk sambil membawa fail2.

"Assalamualaikum bos mana ?" Soalnya sambil tersenyum kepada ku

" Waalaikumusalam. Bos keluar. Tapi dia tak cakap pun pergi mana. kenapa boleh saya bantu ?"

"Eh takpala saya nak hantar fail ni je. Awak Aryana Sofea kan ? PA encik najmi ?" Soalnya. "Ya saya, panggil yana je. Awak nama siapa? umur berapa ?" Soalku ramah

"Saya Arabella awak panggil saya bella je. Umur saya 21 tahun" wah tepat tekaan aku sebaya." Owh kira kita sebaya la ni ?" Dia hanya mengangguk.

"Eh waktu lunch la sekarang, kalau awak tak kisah, jom lunch dengan saya" ajaknya. "Boleh juga. Awak tunggu jap eh saya kemas barang" bella hanya mengganguk

*******************

"Jadi encik najmi tu bekas senior kau ?" Soal bella. Aku hanya mengangguk. Aku cerita semua tentang mamat sewel tu kat dia. Panggilan pun dah tukar aku kau. Dia kata dia dah biasakan diri panggil aku kau.

"Macam mana reaksi dia bila jumpa kau ? terkejut ?" Soalnya lagi. Amboi minah ni semua nak tahu.

"Terkejut juga la muka dia. Eh dahla nak habis lunch ni. Nanti lambat masuk office" kataku.Bella hanya mengangguk.

*********************
Selesai lunch aku ingat aku nak susun barang2 kat meja aku ni. Biar kemas sikit.

Tiba2 ada orang masuk tanpa ketuk pintu. Kelihatan seorang perempuan yang berpakaian tak cukup kain masuk dalam bilik aku dan encik bos.

"Eh i nak jumpa najmi. Mana dia ? I ada hal penting nak cakap dengan dia ni" eh minah ni dahla main masuk lepastu tak bagi salam apelah.

"First Assalamualaikum. Second maaf, encik najmi dia keluar saya tak pasti dia pergi mana. Cik ni siapa ya ?" muka dia tersentak masa aku bagi salam.

"Eh u kan PA dia mestilah u tahu dia pergi mana. I dont care i nak jumpa dia. Mana dia ?" Eh perempuan ni nak marah2 apahal??? Takleh cakap elok2 ke ?? Nak aku cakap bahasa jawa ke baru faham ? Siapa perempuan ni ha ??

"Maaf saya betul2 tak tahu mana encik najmi pergi. Dia tak beritahu saya pun. Cik call la dia" sabar jela perempuan ni.

"Ni mesti dia suruh u jangan bagitahu i dia kat mana kan ? i tak kira i nak jumpa dia jugak. panggil dia now" weyh ada juga kat surat khabar keluar berita ' perempuan mati tertelan kasut'. Tak faham ke apa yang aku cakap ?? Mesti ada masalah mental dia ni.

"Cik tak faham ke apa yang saya cakap ? Saya rasa dah cukup jelas dah tadi. Encik najmi takda. Saya tak tahu dia pergi mana. Cik call la dia" ha kau keluar dah ayat keramat. Aku tinggikan sedikit suara aku bagi dia dengar. Mana la tahu dia pekak.Dia tersentak lagi.

"Eh u siapa nak tinggikan suara u dekat i ? U tak kenal ke siapa i ? I anak dato Ridzwan k. Bila2 masa je i boleh saman u. Nanti i suruh najmi tukar PA baru tau" eh kisah pulak aku anak dato ke anak menteri ke.

"Saya pekerja dekat sini. Saya tinggikan suara sebab saya nak bagi cik dengar dengan jelas apa yang saya cakap. Kalau cik nak balik, cik boleh balik skrg. Kalau cik nak tunggu encik najmi, sila tunggu di luar. Sekian terima kasih" jawabku dengan tenang.

"Ni apahal bising2 ni ?" Ujar seseorang daripada pintu.

"Sayang u pergi mana ? U tahu tak PA u ni kurang ajar tak hormat i langsung" ujar nya dengan nada gedik plus ngada2. Siap pegang lengan bos aku pula tu. Bengangnya aku. Eee menyampah pula lagi. Eh jap aku jealous ke ? Buat apa nak jealous?

"Kau buat apa kat sini ? Kita dah tak ada apa2 lagi dah" kata najmi lalu meleraikan peganggan dari minah brutal tu.

"Sayang i minta maaf.. i dah putus dah dengan lelaki tu. I nak dengan u balik. Please sayang" Ya Allah minah ni dah kenapa nak peluk2 anak teruna orang.

"Stop it Fasha. Senangnya u. U dah jumpa jantan lain then u tinggalkan i..lepastu nak dengan i balik. Apa masalah u ni ?" Kata najmi dalam nada tegas. Aku dan Fasha tersentak. Aku lihat muka najmi dah merah menahan marah. Jadi nama dia Fasha.

"Sayang sorry sangat2 i janji takkan buat macam tu lagi please sayang give me one more chance?" rayu minah brutal tu.

" Eh boleh bla la kau. Aku dah tak ada apa2 perasaan dengan kau lagi. Aku dah cintakan perempuan lain. Jauh lebih baik daripada kau" ujar najmi

"Oh so u dah cintakan perempuan lain, siapa perempuan simpanan u tu ? PA u ni ke hah ?"

'Pangggg'

Aku terlopong sebentar.

"Kau jangan nak cakap bukan2 pasal PA aku. Dia takda kena mengena dalam masalah bodoh ni. Ya aku dah cintakan dia and dia bukan perempuan simpanan. So sekarang kau pergi bla aku dah muak nak tengok muka kau blaaaa" aku terlopong tak tahu nak buat apa dah. Betul ke apa yang dia cakap ? Dia cintakan aku ? Tak mungkin. Maybe dia nak kenakan perempuan tu.

"Sampai hati u lempang i semata mata pasal betina ni. Ok fine i takkan kacau u lagi. I hate u so much" dia menangis teresak esak lalu berlari keluar daripada bilik kami.

Najmi menyerabaikan rambutnya. Kelihatan dia sangat kusut dengan keadaan sekarang.

Aku keluar untuk membuat air untuknya. Selesai membancuh kopi, aku masuk ke dalam bilik sambil membawa air yang aku bancuh tadi.

"Encik minum dulu. Tenangkan diri. Beristighfar banyak2 ok? InsyaAllah semua akan ok. Kalau encik nak lepaskan stress encik, encik cerita la kat saya. Saya tak kisah pun." kataku sambil menghulurkan air kopi. Dia memandangku lalu menyambut air kopi itu.

"Thanks" aku hanya mengganguk. Aku bangun untuk pergi ke meja aku tapi ditahan olehnya.

"Nanti dulu, saya ada benda nak cakap dengan awak" aik dah tukar panggilan ? Apa2 la. Aku pusing kebelakang lalu aku duduk berhadapan dengannya.

"Ya boleh saya bantu?" Soalku.

"Saya minta maaf pasal tadi..bergaduh depan awak dan pasal..." belum sempat dia jawab aku dah menyampuk

"Eh takpa saya tak ambil hati pun, dan saya tak kisah. Jangan risau saya tak akan beritahu pekerja lain" kataku lalu tersenyum. Dia hanya mengganguk

"Awak nak tahu ke kenapa saya marah Fasha tadi ?" Soalnya sambil memandangku.

"Saya tak kisah kalau encik nak cerita" jawabku

"Okla cerita dia macam ni.....

*******sambung******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience