Bab 20

Romance Series 8931

Keesokan harinya aku tunggu Najmi di hadapan rumah aku. Aku tunggu punya tunggu tak sampai2.

Aku cuba call dia. Tapi hampa, dia tak angkat pun. Aku memutuskan pergi kerja naik teksi jela. Dah lewat ni lagi 3 minit je.

Sampai di office, aku masuk ke dalam bilik. Aku sampai lewat ke office sebab aku ingat Najmi ambil aku. Aku lihat Najmi sedang memeriksa dokumen.

Aku masuk, aku letakkan beg tangan aku di atas meja aku. Lalu aku pergi ke arahnya. Dia langsung tidak memandang aku. Geram pula aku.

"Encik Muhammad Rayyan Najmi. Kenapa encik tak bagitahu saya yang encik tak boleh ambil saya ? Saya tunggu lama tau. And now saya dah lewat" aku bersuara. Dia tidak memandangku. Dia senyap je. Haih tak boleh jadi ni.

" Encik Najmi, saya bercakap dengan encik ni. Okay look. saya ada buat salah ke sampai Encik taknak cakap dengan saya even tengok muka saya" aku bersuara lagi. Dia memandangku tajam. Aku pula yang kecut. Serious gila muka dia.

"Awak boleh diam tak ? Saya banyak lagi kerja ni tau" katanya dengan nada tegas. Aku terus pergi ke meja ku dengan perasaan geram. Ish orang tanya je.

**************************

Aku buat kerja aku. Aku rasa dahaga, lalu aku bangun untuk membuat air. Aku lihat si bos aku tu senyap je dari tadi.

Aku pun tak faham apa masalah dia. Aku bancuh 2 air, aku masuk bagi dia.

"Encik nah kopi. Encik minum dulu. Asyik buat kerja je nanti sakit kepala" kataku.

Risau juga aku kalau dia pening ke sebab kerja. Muka dia pun nampak pucat je.

"Nantilah" sepatah je dia jawab.

"Encik minum la. Saya risau la tengok encik macam ni. Muka encik pun pucat je. Minum eh?" Paksaku.

"Ish yela kacau je" eh nak marah2 pulak. Tapi takpa janji dia minum.

Aku pun pergi ke meja aku kembali.

Beberapa minit kemudian, setelah selesai membuat kerja yang diberikan, aku renggangkan otot2 aku. Aku usha sikit bos aku. Laaa tido ke.

Aku bangun pergi ke tempatnya. Perlahan-lahan aku kemas mejanya yang bersepah dengan fail2 dan kertas.

Aku nak kejut dia, tapi nampak macam letih je aku batalkan niat aku. Aku ambil fail dan kertas2 dia tu. Aku lihat. Mmmm boleh siapkan ni. Aku tolonglah dia siapkan.

Setelah selesai kerja2 bos aku ni, aku pergi ke arah mejanya semula nak letak fail2 ni, tiba2 dia terjaga. Dia mengeliat. Aku perhati je perangai dia.

"Ha dah bangun pun. Kenapa tido dekat sini ? Pergilah tido dekat sofa sana" kataku.

"Saya nak siapkan kerja ni dulu" jawabnya. Aku tersenyum.

"Saya dah siapkan kerja awak tu, sekarang ni awak pergi baring kat sofa dulu ok ?" Soalku. Dia hanya mengangguk. Dia pergi ke arah sofa dan menoleh ke arah aku.

"Erk awak ada panadol tak ?" Soalnya.

"Ada ,kenapa ?" dah kenapa pulak nak panadol ni ? Dia demam ke ?

"Saya pening kepala" jawabnya. Spontan tangan aku di dahinya. Panas! Dia tersentak sikit.

"Eh badan awak panas ni. Awak tunggu jap kat sini saya ambil panadol" kataku. Aku pantas ambil panadol. Aku hulur kepadanya.

"Jap jangan makan dulu" kataku. Aku keluar dari bilik dan ambil air suam. Aku hulurkan air suam kepadanya. Dia hanya menyambut, lalu makan panadol.

Aku pergi ke arah meja aku untuk ambil koyok.(koyok tu yang letak kat kepala tu) Aku beri kepadanya. Aku memang selalu bawa koyok ni. Takut pening ke apa kan.

" Apa ni ?" Soalnya. "Koyok la" kataku. Dahi dia berkerut.

" Koyok tu apa ?" soalnya.

"Koyok tu kalau sakit kepala kita letak koyok tu dekat kepala. Koyok tu boleh hilangkan sikit sakit kepala ni. Benda ni berangin" dia hanya mengganguk. Aku lihat dia hanya merenung kotak koyok tu.

"Kenapa tak pakai ?" Soalku

"Macam mana nak pakai ? Saya tak tahu pakai " Dia tersengih. Aku menepuk dahi. Betul la dia ni haih.

Aku terus mengambil kotak di tangannya. Aku buka kotak itu, lalu aku keluarkan 2 koyok. Aku buka pelekat di koyok itu. Lalu aku tampalkan di kepalanya.

"Ok siap" jawabku.

" kenapa berangin ?" Soalan darjah 1 dia bagi aku.

" sebab dengan berangin tula dapat kurangkan sikit sakit kepala tu" jawabku. Dia hanya mengangguk.

"Dahla awak tido dulu ok ? Biar saya siapkan kerja awak. Nanti time balik saya kejutkan awak" kataku.

"Awak tak lunch ke ?" Soalnya.

"Takpelah saya tak lapar. Saya jaga awak dekat sini. Awak tu taknak makan ke ? demam tu" risau pula aku dekat bos aku ni

"Saya pun tak lapar. Awak pergi la lunch dulu. Tak payah jaga saya. Saya boleh jaga diri" katanya. Aku memikirkan sesuatu. Hah !!!

"Ok apa kata macam ni, saya pinjam kereta awak jap. Saya pergi beli makanan bungkus. Saya bawa dekat sini. Lepastu kita makan sama2 nak ?" Soalku.

"Ok tapi tak menyusahkan ke ? Awak boleh ke bawa kereta ?" Dia ni ingat aku tak boleh bawa kereta ke ? Aku boleh je bawa kereta. Cuma kereta je takde.

"Saya boleh bawa kereta la. Bagi kunci kereta awak saya pinjam jap" kataku sambil menghulurkan tangan.

"Boleh percaya ke ni ?" Dia ni eii.

"Ish mestilah boleh. Awak jangan risau la. Saya tak bawa kereta awak pergi Thailand pun" kataku. Kami ketawa. Dia menghulurkan kuncinya.

****************************

Beberapa minit kemudian aku kembali ke pejabat sambil membawa Mcdonald di tangan.

Aku belikan dia bubur dan burger Mchicken. Aku hulur kepadanya. Dia ambil sambil tersenyum. Kami makan bersama2 di sofa.

Kami berborak pasal kisah di sekolah dulu. Selesai makan aku suruhnya tido dahulu. Dia hanya menurut kata2ku.

***************************
sampai masa balik, aku mengejutnya.

"Awak bangun dah balik"kejutku lembut. Dia bangun dan pergi ke arah mejanya untuk mengambil barang.

" saya hantar awak balik" katanya.

"Eh takpelah tak payah. Saya naik teksi je" tolakku.

"Yela siapalah saya kan. Balik dengan saya pun taknak. Takpelah orang tak sudi" alamak merajuk pula.

"Okokok saya balik dengan awak" pujukku. Dia tersenyum. Kami keluar dari pejabat.

***********************
Di dalam kereta, kami ditemani radio. Sepanjang perjalanan kami diam je.

Najmi hantar aku di hadapan rumah. " Terima kasih" ucapku. Baru sahaja nak buka pintu kereta, dia menghalang.

"Eh nanti" haih apa lagi la mamat ni.

" ye ada apa2 lagi ?"

"Erk saya cuma nak cakap Thanks" katanya

"Thanks for?" Soalku

"Thanks sebab siapkan kerja saya, thanks jaga saya tadi and thanks ambil berat pasal saya" ujarnya. Aku tersenyum

"No problem la. Awak kan bos saya, mestilah saya kena ambil berat pasal bos saya yang macho ni" jawabku.

"Saya tahu saya macho" katanya kami ketawa.

"Oklah saya masuk dulu. Rehat banyak2 tau. Take care. Assalamualaikum " ujarku

"Thank you, Waalaikumusalam" jawabnya.

Aku masuk ke dalam rumah terus menuju ke bilik. Aku hempaskan tubuhku ke atas katil untuk hilangkan sedikit penat. Aku teringatkan peristiwa di pejabat tadi. Aku tersenyum sendiri.

"Kalaulah aku jadi girlfriend dia haih. Uishh kau ni yana. Apa yang kau mengarut ni " aku terus mencapai tuala dan pergi ke bilik air untuk mandi.

*********sambung*********

Bahagianya si Yana ni. Takpa lepas ni saya akan buat dia sengsara. Hohohhoho. Tunggu la kau Yana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience