Bab 4

Romance Series 8931

Esok aku akan bertolak ke kem itu. Malam ini aku akan sediakan barang apa yang perlu aku bawa. Along dan angah tidak habis2 kata 'jaga diri kat sana, kalau ada apa2 call kami, baca doa' haih aku rase lebih 4 kali mereka ulang benda sama. Mama dan papa bising pun takdelah macam ni.

"Ye abang2ku sayang. Berapa kali  korang nak ulang haduh. Dah yana dah habis kemas ni. Yana nak turun jap minum air.jom " ajakku. Abang2ku hanya mengikut ku dari belakang.

Selesai minum air aku lihat merek berempat duduk bersama menonton TV. Aku berjalan menuju ke arah mereka.

"Esok papa hantar yana ke ?"Soalku

"Kami semua akan hantar yana" jawab papaku.

"Ok. Mmm yana dah ngantuk ni.yana masuk tdo dulu eh. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam" jawab mereka serentak. Aku terus menyalami mereka dan cium pipi mereka berempat. Aku berjalan naik ke atas.

********************

"yana jaga diri baik2 tau nanti apa2 mesej kami."kata mama lalu mencium pipiku.Papa juga mencium pipiku.

"Yana ingat pesan kami malam tadi" kata angah.

"Yeeeee baiklah angah" aku menyalami tangan along dan angah.

***************
Aku beratur di dalam bas bersama Syamien.

"Yana aku takut la nak pergi kem masuk hutan bagai ni. Scary dowh " ujar Syamien

"Takpe kau just chill. Kem ni pun 3 hari 2 malam je pun" aku menenangkan syamien. Sebenarnya aku juga taknak ke kem ni.Dahla kem ni jauh di Kedah. Apetah lagi dengan mamat sewel tu. Kalau Syasya dan Arfa ada dalam group ni mesti best. Tapi mereka di kumpulan yang ke 7. Aku menoleh ke belakang untuk mencari kelibat mereka berdua.

'Gurlp'

Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa. Di belakang tempat dudukku ini ada mamat sewel tu. Ish malunya . Aku  toleh belakang nak cari syasya dan arfa. Tapi aku terpandang mamat sewel tu terbatal terus niat aku. Dia pandang je aku tadi..huhuhu seram beb.

"Kau cari siapa?" Satu suara dari belakang menegurku. Aku lihat Syamien di sebelah dia tido pulak haduh. Haih mien macam pura2 tidur je

"Erk takde cari siapa2 pun"jawabku

"Ke kau cari aku" eh perasan pulak mamat sewel ni.

Aku cari Arfa dan Syasya bukan cari kau perasan !!!!

"Jangan perasan please, saya tak cari awak saya cari kawan saya" aik senyap pulak dia. Ish apa2la malas nak fikir. Aku mengeluarkan telefon untuk melihat mesej.Lalu ku tutup kembali telefon itu. Dan seterusnya mestilah aku akan tido.  Hehehe

*********

Sampai sahaja di destinasi, kami diarahkan untuk berkumpul di dalam kumpulan masing2 untuk mendengar sedikit taklimat.

Selepas habis taklimat, setiap kumpulan diarahkan untuk memasang 2 khemah satu untuk lelaki satu untuk perempuan di tempat yang diberikan. Kumpulan kami diberikan tempat yang agak jauh sikit.

Kumpulan aku ,yang lelaki dah siap pasang khemah, yang perempuan ni aku,Syamien dan syafikah tak tahu pasang khemah. 

"Kenapa tak pasang khemah lagi ni ? Dah nak maghrib ni" sapa satu suara dari belakang kami. Kami bertiga menoleh serentak. Rupanya mamat sewel tu.

"Mi, kiteorang tak tahu pasang khemah la. Kau tolong kiteorang boleh " kata syafikah.

"Mmmmmm yela"

Selesai pasang khemah kami 6 orang rehat jap. Tiba2 cikgu panggil suruh berkumpul di dewan yang memang ada di hutan. Malam ini kami diarahkan untuk bermain satu permainan. setiap kumpulan akan diletakkan jauh dari tempat kami berkumpul. Kami harus mencari jalan keluar melalui pentunjuk yang diberi. Ada yang mengeluh. Sapa tak takut weyh..

*******************

Di tengah2 hutan.

"Weyh Mi, aku rasa kita dah sesat ni" ujar redza. Aku,syamien dan syafikah berpandangan sesama sendiri.

"Tulah aku pun rasa benda sama. Dieorang kata setiap perjalanan ada pentunjuk. Satu pentunjuk pun takde ni" Kata najmi.

"weyh yana aku takut la, macam mana ni sesat." Kata syamien sambil memeluk tangan ku." Sabar mien, kita baca doa banyak2" ujar syafikah aku hanya mengganguk setuju.

"Ok takpe macam ni kita rehat kat sini dulu ok ? " ujar redza

"Ok jugak esok pagi kita cari jalan keluar..senang sikit sebab terang" jawab najmi.

Tiba2 aku rasa macam ada benda kat kaki aku.

"Arghhhhhhh"

"Hey kenapa ni ?" Soal najmi

"Ada...pa..pa..pacat...kat ka ..ki a..sa..ya.." gagap2 aku cakap. Pacat wei geli tau eee.

"Mana?" Aku tunjukkan kaki aku yang ada cik pacat tu ke dia.

"Sini aku cabut" aku hanya menurut saja. Aku memejam mata rapat2..

"Dah siap. Yang kau over sangat ni kenapa ? Pacat je." Aik ! siap dah ??

"Pacat je awak kata ? Eee geli tau. Mmmm by the way thank you tolong cabut pacat tu" ucapku.

Yang lain hanya ketawa melihat gelagat kami. Aku ada buat lawak ke ? Tahu tak hanya diesebabkan pacat aku boleh demam. Aku ni cepat pucat bila jumpa binatang kecik ni.

*******sambung*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience