BAB 10

Family Completed 1900

“Ampunkan Katie, mak. Ampunkan Katie !” teriak Katie seperti orang hilang akal.

“Tak payahlah kau nak minta maaf. Dia kan bukan mak kau. Kau sendiri yang cakap.” Kata Anuar sinis.

“Anuar... Mana kubur mak. Akak nak tengok..” pinta Katie.

“Aku tak nak perempuan tak tahu bersyukur macam kau jejak kaki tengok kubur mak aku!” kata Anuar tegas sebelum berlalu meninggalkan Katie yang menangis teresak-esak.

Batrisya yang ketika itu baru pulang dari berjumpa manager syarikat lakonan terkemuka terkejut melihat Katie yang duduk di lantai sambil menangis. Segera dia meluru ke arah Katie.

“Katie ! Kenapa ni?” soal Batrisya cemas.

“Mak.....”

“Mak? Siapa mak kau?”

“Mak aku, Batrisya. Mak aku dah meninggal!”

“Hah? Bukan ke kau kata mak kau dah lama meninggal. Kau anak yatim sejak kecil lagi..” tanya Batrisya pelik.

“Tak! Mak aku masih hidup. Aku tipu kau. Aku tipu semua orang. Orang tua yang datang buat kacau dekat set itulah mak aku. Tapi mak aku dah tak ada, Batrisya. Mak aku dah meninggal!” jerit Katie yang masih menangis.

“Astagfirullahalazim... Katie, kenapa kau buat mak kau macam tu? Tak bau syurga tahu tak?!” marah Batrisya. Dia terkejut mengetahui kebenaran itu dan ternyata apabila mengetahui, ianya sudah terlambat. Terlambat untuk Katie memohon ampun kepada maknya.

“Batrisya, aku nak jumpa mak. Aku nak minta ampun pada mak. Aku nak jumpa mak!” jerit Katie lagi.

“Katie, bawa mengucap. Aku akan bawa kau pergi kubur arwah mak kau. Sabar Katie, bawa mengucap...” pujuk Anuar sambil mengusap rambut Katie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience