BAB 13

Family Completed 1900

“Bukan Anuar yang gila. Tapi kak Katie. Anuar rasa kak Katie mengalami tekanan perasaan. Tolong faham, kak Batrisya. Terseksa Anuar tengok kak Katie macam ni. Arwah lagi terseksa tengok anaknya datang menangis depan kubur dia..” terang Anuar.

Batrisya mengangguk menyetujui pendapat Katie. Nampaknya Katie memerlukan pertolongan dari segi mental. Dia mungkin tertekan akibat berita buruk ini.

Anuar segera menghubungi Hospital Mental untuk membawa kakaknya. Dia terpaksa berbuat begitu demi kebaikan kakaknya.

Tidak sampai lima belas minit, ambulans datang. Mereka menghampiri Katie yang sedang ketawa itu. Sebaik sahaja tangan Katie dipegang oleh pembantu ambulans itu, Katie menjerit dengan tiba-tiba.

“Apa ni?! Pegang-pegang orang pula. Sakitlah!”

Pembantu ambulans itu tetap memegang Katie sebelum memakaikan Katie baju putih yang berselirat dengan tali. Katie meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi, pembantu ambulans itu terus mengikat tangan Katie menggunakan tali di baju itu. Kata-kata makian keluar dari mulut Katie.

“Akak.. bawa mengucap, kak. Ingat Allah..” pujuk Anuar.

“Anuar.. Tolong akak, Anuar. Akak tak gila. Tolong akak. Akak nak minta ampun dekat mak...” rintih Katie sebelum dia kembali ketawa mengilai-ngilai.

“Tolong bawa dia, Encik. Kami ikut daripada belakang..” kata Anuar.

Pembantu ambulans itu mengangguk sebelum membawa Katie masuk ke dalam ambulans itu. Katie menjerit-jerit memanggil maknya. Anuar merintih hiba.

Pelakon popular gila akibat tidak mendapat kemaafan ibu kandung

Batrisya membaca surat khabar di bahagian muka hadapan itu dengan perasaan simpati. Kasihannya Katie. Beginilah kesudahan Katie akhirnya.Keampunan mak yang dipinta sehingga menjadikannya gila dan hilang arah tujuan.

Batrisya menutup surat khabar itu. Matanya tertancap kepada Katie yang sedang bermain dengan anak patung yang berada diribanya. Batrisya dapat mendengar dengan jelas nasihat yang diberikan kepada anak patung tidak bernyawa itu.

“Katie, kamu jadi anak yang baik tau. Ingat mak, dengar cakap mak. Jangan melawan cakap mak. Kalau tak, mak tak akan maafkan kamu. Faham?”

Seketika, Katie merintih memanggil mak nya.

“Mak..... Ampunkan Katie...”

Batrisya melihat dengan perasaan sebak.

“Mak. Mana lepat pisang untuk Katie, mak?” tanya Katie kepada Batrisya.

Batrisya yang terkejut dengan pertanyaa itu menjawab dengan sebak.

“Nanti mak buatkan ya...”

“Yeah! Mak nak buatkan lepat pisang untuk Katie !” kata Katie yang terlonjak-lonjak keriangan.

Batrisya hanya mampu melihat dengan linangan air mata. Benarlah kata pepatah; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Kini Katie sudah menerima hukumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience