BAB 5

Family Completed 1900

“Mak minta maaf, Katie. Lain kali mak pakai baju yang bersih sikit.”

“Katie ada perkara nak cakap dekat mak..” kata Katie tanpa memandang wajah maknya.

“Naiklah dulu. Mak buatkan air.” Ajak Mak Cik Aidah.

“Masuk rumah buruk ni? Tolonglah mak. Baju Katie ni jauh lebih mahal dari rumah buruk mak ni..” katanya angkuh.

Mak Cik Norma mendiamkan diri. Sampai hati anaknya berkata begitu. Sedangkan dahulu di rumah ini juga di tidur, makan. Sekarang sudah berjaya, dia menganggap rumah ini seperti rumah murah yang tiada nilai. Di mana sikapnya anaknya yang penyayang suatu ketika dahulu.

“Mak, Katie nak bagi amaran dekat mak. Mak jangan suka-suka datang buat kacau dekat tempat kerja Katie. Dahlah kotor, bau busuk pula tu. Mak memalukan Katie tahu tak?” kata Katie sedikit kasar.

Tersentak Mak Cik Norma mendengar kata-kata anaknya. Namun disabarkan hati.

“Mak cuma nak bagi Katie lepat pisang aja. Hari tu kan Katie menang dalam tv tu. Mak ingat nak beri lepat pisang untuk kejayaan anak mak ni. Cantik anak mak dalam tv tu kan..” kata Mak Cik Norma yang mahu memegang pipi Katie namun cepat ditepis oleh Katie sebelum tangan wanita tua itu dicengkam kuat.

“Mak! Tolonglah! Mak ingat senang ke Katie nak dapat apa yang Katie dapat ni sekarang? Ini semua dari hasil titik peluh Katie, mak! Katie yang usaha sendiri!” marah Katie tiba-tiba.

Mak Cik Norma bergelut mahu melepaskan pegangan anaknya yang menyakitkan itu.

“Mak tahu Katie berusaha. Kerja keras. Mak tak satu sen pun duit Katie. Cukuplah mak dapat jumpa Katie.” Terang Mak Cik Aidah.

Katie melepas kasar tangan emaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience