BAB 4

Family Completed 1900

“BETUL ke wanita tua itu ibu kandung Cik Katie ?” tanya salah seorang wartawan yang berada di dalam dewan hotel itu.

“Bukan. Dia bukan ibu kandung saya. Saya anak yatim piatu sejak kecil. Tak ada saudara-mara.” Terang Katie.

“Tapi Cik Katie. Kalau betul Cik Katie anak yatim piatu kenapa mak cik itu mengaku dia mak Cik Katie ?” soal wartawan lain pula.

Katie sudah terkulat-kulat mahu menjawab. Namun dia cepat mencipta alasan dengan tenang.

“Itu saya tak tahu. Mungkin saya ni popular. Jadi, dia pun sibuk-sibuklah nak mengaku I ni anak dia. Macam you tak pernah dengar kisah macam ni pula, kan?” tanya Katie kembali.

“Apa yang akan Cik Katie lakukan jika mak cik itu menganggu Cik Katie lagi?”

“I tak akan teragak-agak call polis dan kata mak cik tu gila. Sudahlah menganggu I di tempat awam, lepas itu memalukan I dengan mengaku I ni anak dia. Sekarang berita ni dah kecoh satu Malaysia. Malu I tahu tak. Habislah reputasi I lepas ni.” Balas Katie tanpa ada perasaan bersalah.

“Okey, ada apa-apa lagi soalan? I nak rehat. Petang nanti I ada shooting. So, excuse me...” Katie meminta diri. Dia mahu membebaskan dirinya sebelum pelbagai soalan yang disoalkan oleh wartawan boleh menjeratnya.

“ASSALAMUALAIKUM.....”

“Waalaikumussalam. Katie !” jerit Mak Cik Aidah. Mak Cik Norma meluru menuruni anak tangga sebelum memeluk erat tubuh anaknya.

Katie mengelak dari dipeluk oleh Mak Cik Aidah.

“Tolonglah mak jangan suka-suka nak peluk Katie dengan baju busuk mak ni.” Kata Katie bongkak.

Mak Cik Norma yang terasa hati segera menjauh dari anaknya. Dia mencium bajunya. Memang busuk dan kotor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience