BAB 3

Family Completed 1900

Dia mengumam geram. Semua keluarganya hanya tahu nak memalukan dia sahaja. Masa dia susah, ada siapa nak bantu? Sekarang baru nak terhegeh-hegeh mencarinya. Jangan harap dia nak melayan orang tua itu!

“SIAPA telefon tu, Anuar ? Kakak kamu ya?” soal mak Anuar, Mak cik Aidah. Dia merapati anak lelakinya yang duduk di tangga.

“Mak...” panggil Anuar lemah.

“Kak Katie telefon ya?” soal Mak Cik Norma lagi.

Anuar menghela nafas panjang. Dia kasihan melihat emaknya yang hari-hari menanti kepulangan anak sulungnya tetapi anaknya langsung tidak mengingati emaknya yang sudah tua ini.

“Kita jangan jumpa Kak Katie lagilah..” beritahu Anuar tanpa memandang wajah Mak Cik Aidah.

“Tapi, kenapa? Dia kan anak mak. Kenapa mak tak boleh jumpa dia?” tanya Mak Cik Norma sebak.

“Mak... Kak Katie yang tak nak jumpa kita. Tolonglah mak jangan degil. Dia dah buang kita jauh-jauh.” Anuar menerangkan perkara sebenar. Memang itu yang terjadi. Dari percakapan kakaknya tadi, dia tahu mak dan dia sudah tidak ada di dalam hati kakaknya itu.

“Tak! Mak tak percaya. Apa salah mak sampai dia nak buang mak? Dia anak mak. Mak nak jumpa dia. Mak nak bagi dia lepat pisang sebab dia menang hari tu. Cantik sungguh anak mak hari tu. Mak nak jumpa dia...”

“Mak, tolonglah dengar cakap Anuar ni. Kak Katie dah buang kita mak! Dia dah tak mengaku kita ni sedara dia. Tolonglah faham!” kata Anuar sedikit kasar.

“Mak tak percaya. Mak tak percaya. Kamu sengaja nak pisahkan mak dengan kakak kamu kan?” marah Mak Cik Norma tiba-tiba sebelum dia bangun dari duduk dan berlalu ke bilik.

“Mak... Tolonglah percaya....” kata Anuar sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience