BAB 9

Family Completed 1900

Terketar-ketar tangan Katie ketika membaca isi kandungan tersebut. Namanya seperti pernah dia kenal. Seketika, dia memandang wajah Anuar dengan pandangan penuh tanda tanya.

“Puaslah hati kau sekarang? Kau nak sangat mak pergi dar hidup kau kan? Sekarang mak memang betul-betul pergi dari hidup kau. Kau bebas nak buat apa saja. Aku pun tak akan mengaku kau ni kakak aku lagi!” jerit Anuar tiba-tiba.

Katie yang masih terkejut itu pantas mencapai tangan Anuar sebelum Anuar menepis kasar tangan wanita yang telah membunuh maknya sendiri!

“Anuar, mak. Mak, Anuar...” kata Katie bersama linangan air mata. Sungguh payah untuk dia menerima berita pahit ini. Memang dia inginkan maknya jauh dari hidupnya tapi dia tidak sama sekali memikirkan kematian maknya supaya dia dapat hidup bebas tanpa gangguan mak dan juga Anuar. Dia berasa menyesal dan bersalah!

“Tak payahlah kau nak panggil-panggil mak. Arwah dah tenang dalam kubur tu. Dia lebih baik meninggal daripada hidup tapi merintih nasibnya kerana dibuang oleh anak kandung dia sendiri!” pekik Anuar lagi.

“Anuar... Akak minta maaf. Akak.... Akak menyesal. Akak nak jumpa mak, Anuar..” pinta Katie.

“Nak buat apa? Kau nak seksa dia di alam kubur pula? Sudah-sudahlah dengan hinaan kau terhadap mak. Selama ni, mak cukup bersabar dengan kau. Hari-hari dia masakkan lepat pisang untuk kau sebab nak bagi kau makan dan mendoakan kesejahteraan kau. Tapi kau sebagai anak? Kau hina dia, kau caci dia. Kau kata dia memalukan kau. Kau sedar tak, kalau dia tak hulur duit untuk kau ke Kuala Lumpur masa mula-mula kau nak jadi pelakon, kau tak akan sesenang sekaranglah. Sedar diri sikit!” herdikan Anuar membuat Katie jatuh terduduk di hadapan pintu rumahnya.

Kini baru dia sedar pengorbanan mak kepadanya. Mak yang bersusah payah mengumpul duit untuknya menjadi pelakon. Duit tiket bas, duit hotel, duit makan sebelum dia diterima oleh salah sebuah syarikat lakonan, semuanya ditanggung oleh mak. Jika tidak, dia tidak mungkin jadi seperti sekarang. Pelakon muda yang berkaliber dan berbakat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience