BAB 8

Family Completed 1900

Seketika terbeliak matanya melihat susuk tubuh yang berdiri dihadapannya. Anuar !

“Kau nak apa lagi datang sini? Mana kau tahu rumah aku?” soal Katie tidak puas hati.

“Boleh aku masuk?” soal Anuar yang juga sudah beraku-kau.

“Sorrylah. Rumah ni tak layan untuk budak busuk macam kau. Kau nak cakap, cakap dekat luar ajalah..” kedengaran sinis sekali Katie berkata-kata.

“Tak apalah. Dekat luar pun boleh. Aku pun tak hadap sangat harta kau ni...” perli Anuar.

Katie sedikit tersentak dengan kata-kata adiknya namun dia tetap belagak biasa.

“Ada apa kau datang sini?” soal Katie yang kembali kepada topik perbualan. Dia mahu perbualannya cepat tamat sebelum ada mata-mata yang melihat dia bersama adiknya. Mungkin bakal menjadi cerita sensasi lagi jika cerita ini tersebar. Alasan apa pula yang dia akan berikan untuk menutup kisahnya?

“Aku datang cuma nak bagi kau ni...” kata Anuar seraya menghulurkan sekeping kertas kepada Katie.

“Kertas apa ni?” Katie menyambut huluran tersebut.

“Bacalah sendiri...”

Katie membaca isi kandungan kertas tersebut.

Pengesahan kematian.

Nama: Norma Binti Abd Halim.

Tarikh dan waktu: Meninggal pada 20 Mei 2011, jam 20.30 malam.

Punca penyakit: Serangan jantung

Hospital: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Nama doktor yang mengesahkan kematian: Dr Aminah Binti Hj Zamri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience