BAB 7

Family Completed 1900

“Hal apa? Selalu kalau ada apa-apa you beritahu I dulu. You ada masalah ke?”

“Hah? I okey. You jangan risaulah..”

“You ni pelik semacam je...” soal Batrisya sedikit curiga.

“Hah? Mana ada pelik. You ni ada-ada ajalah. Hari ni I ada program apa?” soal Katie tukar topik apabila dia merasakan Batrisya sedikit curiga dengannya.

Batrisya segera membuka buku yang mencatatkan jadual harian Katie.

“Hari ni you ada shooting drama untuk dua episod. Lepas tu you ada make over untuk satu majalah. Malam nanti, you ada jemputan kahwin Amy.” Terang Batrisya satu persatu mengenai kerjanya pada hari ini.

“Sekarang?” soal Katie.

“Sekarang you free..” balas Batrisya sepatah.

“Kalau begitu, I nak rest sekejap. Please...” kata Katie yang sudah menghenyakkan badan di atas katil.

“Okey...”

Tiga hari kemudian...

SEMENJAK peristiwa dia menolak maknya, tiada lagi khabar berita dari wanita tua itu. Pada mulanya dia berasa pelik namun kelegaan yang lebih terpemer diwajahnya kerana dia tidak perlu lagi bersua muka dengan mak dan Anuar. Pasti mereka berdua sudah faham dan dapat menerima hakikat yang dia sudah tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan keluarga itu.

Katie bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air sebelum loceng rumahnya berbunyi.

“Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni??” bebel Katie sendirian.

Dia berjalan perlahan dengan tangan mengurai rambut yang kusut masai sebelum membuka pintu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience