Cerpen 10

Other Completed 14327

Cerpen Sepuluh
Pulang, Manusia Dan Imaginasi (4)

Di stesen Bas itu kelihatan ada seorang wanita Negro, pasangan muda berbangsa melayu, si Buta dan beberapa pemandu bas yang sedang istirehat sementara. Sistem disini lebih teratur berbanding dengan KL sentral. Sistem bas maksud aku. Kalau aku mahu, sebenarnya lebih elok aku ambik bas dari KL Sentral saja sebab lebih dekat jarak perjalanannya dari Terminal Bas Selatan dan ianya hanya melibatkan sebuah tren. Namun, jika anda menunggu di KL Sentral, anda seperti sedang menyertai pertandingan Ragbi peringkat kampong .Dengan keadaan manusia yang dikatakan berpendidikan tinggi serta bangga dengan kemajuan Malaysia tapi masih lagi mengamalkan tabiat berpusu-pusu bagai nak rak ketika hendak menaiki bas. Umpama

macam berkata,

"Ha?? Beratur?? Apa tu?Tak nak ahh!!"

Paling menyirap ada jugak jenis orang yang dah la sampai lambat, pastu marah pulak orang yang potong dia. Dia marah sambil dia potong orang lain. Untung la kau sebab badan besar. Untung. Fuck.

Di Pasar Seni, disediakan tempat khas dengan besi bagi menyuruh (lebih kepada memaksa) para-para pengguna yang budiman, yang cerdik pandai supaya beratur

mengikut bas yang hendak dinaiki. Kalau nak ke Putra Perdana, beratur dekat line u63. Kalau nak ke Puchong Utama,s60. Aku? Ada dua bas yang boleh aku pilih. Sama ada u60 atau u70. Yang mana sampai dulu, itulah bas yang aku akan naik. Sambil tunggu, telinga aku disajikan dengan muzik-muzik kegemaran. Yang sedang bermain sekarang adalah "The man who can't be move" nyanyian The Script.

Seketika menunggu, fikiran aku mengelamun lagi. Penatnya. Kalau aku ada kereta kan seronok. Tak perlu nak tunggu bas macam ni. Kalau member baik

aku Doraemon lagi la best. Pinjam pintu Sukahati dia, settel masalah aku. Nak pergi mana? Cakap saja. Nak pergi ke KL, ke Genting Highland, ke rumah awek aku, ke rumah Nora Danish.....ke rumah.......ergh, berdarah pulak hidung membayangkan. Maaf.

Mmm, mungkin jugak aku boleh buat perkhidmatan macam bas tu. Aku pacak

pintu tu kat tempat tunggu bas then jerit;

"KL!! KL!! KL!! KL!! Johar Bahru!! Pusat Hiburan!! Cakap jer pusat maksiat mana,

Boleh hantar punya!! "

Fuuhh...kaya aku.R emaja sekarang kalau cakap pusat maksiat, bukan main laju reaksi mereka.Try ajak pergi ke Masjid. Sampai tu sampai jugak. Tapi lambat sikit. Mungkin sampai time orang dah start makan (kalau ada makan-makan). Kalau takde makan-makan, time part orang tengah Doa. Baik sikit time orang tengah Tahiyyat Akhir pastu berlari-lari cepat supaya nampak macam bila imam dah bagi Salam, boleh

cakap,

"Alaaa,sikit lagi..Ish!"

Takde lah suara tu keluar kuat. Cuma dari dalam hati.

Bas mula berpusu masuk ke laluan yang disediakan. Aku menjeling-jeling mana tahu bas yang aku nantikan sudah tiba. Ha,tu bas s60. Aku cepat-cepat mengambil beg

aku dan segera menuju ke pintu bas. Eh, tak bukak pun pintunya.

Pemandu bas keluar dari tempat memandunya. Nak berehat. Danm, penat saja aku tergesa-gesa. Aku pulang semula ke tempat asal. Sambil itu, mata aku tertumpu pula pada si Buta. Aku tertanya bas apa sebenarnya yang dia nak naik? Aku menjeling

pada laluan yang ditunggu, s70. Mmm, destinasi yang sama dengan aku. Mungkin.

Kehadiran bas itu nyata disedari oleh si buta tu tadi. Si buta mula bangun dari

tempat menunggu dan bergerak sambil menghayun-hayun tongkat. Aku pandang sekeliling, takde pun bas s70. Mungkin aku tersilap. Mungkin dia nak naik bas lain. Dia

terus berjalan dan berjalan sehingga hampir melebihi jalan yang sudah sedia sibuk.

Ish ,tak boleh jadi ni. Karang dia berlanggar pulak dengan kereta karang, naya aku. Aku ni dah la tak boleh tengok benda ngeri-ngeri ni. Nanti aku pengsan. Lelaki

jambu yang kacak la katakan. Bukan lelaki brutal.

Masalah aku ni kalau tengok jari putus ke, kaki putus ke hatta tulang rangka manusia sekalipun macam yang terjadi kat aku masa kat Pantai Lanun hari tu, takde hal lagi. Tapi aku paling tak boleh bila tengok muka mangsa yang kena tu. Itu yang paling aku tak suka tengok. Kadang-kadang dengan mulut berbuih pulak. Mata. Ha part tertengok mata mayat tu paling shit. Eeeee. Ok. Aku dah terbayang benda-benda

yang takut.

Si buta terus berjalan. Tak boleh jadi. Aku kena halang dia. Tapi masalahnya bila aku baru nak melangkah, tiba-tiba dah ada pemandu bas yang menarik dia ketepi. Aku kecewa lagi. Kenapa setiap kali aku nak buat baik, mesti ada je yang buat baik dulu dari aku? Hari ni, tak, malam ni saja dah ada lebih kurang tiga perkara baik yang boleh aku lakukan. Tapi semua terhalang. Nak tolong orang takde duit, takut. Nak tolong kejut orang tidur, tren bising. Nak temankan awek cun, tak turun sama stesen. Ni sekarang nak tolong orang buta, pemandu bas tolong dulu. Pemuda jambu yang berhati mulia?

Fail.

Kelihatan pemandu bas bertanyakan sesuatu pada si Buta tersebut. Aku cuba mencuri dengar. Mana tahu ini semua sekadar konspirasi murahan semata-mata untuk menarik perhatian aku agar aku mudah diculik, entah entah mereka ni diupah India

buncit ke? Ok, aku ketawa. Aku rasa pasal Konspirasi tu pun dah mengarut dah.

Tapi seperti yang sedia maklum, bila bas dah bertambah banyak, suasana di stesen tu memang pun jadi senyap sunyi dan aku memang pun berjaya mendengar semua apa yang dikatakan oleh mereka. Kecewa.

Tapi, tatkala kekecewaan aku tu dah berada di tahap optimum, aku terdengar

pemandu bas tersebut mengulang semula jawapan yang disampaikan oleh si Buta.

"s70??!"

Si Buta mengangguk.

"Bas s70 tak sampai lagi. Tunggu dulu kat tepi,"

Si Buta seperti tidak mahu mempercayai si pemandu bas itu. Dengan

menggunakan tongkat, dia mengetuk-ngetuk sekitar dan jika ianya terkena pada bas, dia akan memegangnya. Meraba-raba. Mungkin ada braille code pada bas tu. Aku mana tahu. Kan aku dah lama tak datang KL. ATM tak boleh pakai lebih dari pukul 9

malam pun aku tak tahu.

Pemandu bas itu menarik si Buta ke tepi jalan. Dia memandang sekeliling mencari siapa yang boleh diserahkan si Buta ini supaya dia tak berjalan ke sana sini. Karang kalau ada kematian, susah pulak. Mahu takde osatu manusia pun yang sudi nak naik bas kat stesen ni. Takut hantu. Di memandang aku. Aku tersenyum tanda

mengatakan;

"Ha, bagilah kat aku. Aku jagakan sekejap sementara nak tunggu bas ni,"

Bahasa Tubuh Everybody. Bahasa tubuh. Dia faham. Kot. Sebab lepas tu dia

terus bagi si Buta tu kat aku sambil cakap,

"Dia nak naik bas s70," dan berlalu pergi. Aku mengangguk tanda faham. Betul telaan aku sebelum ni. Untuk pengetahuan, aku tidak tunggu di tempat yang

sepatutnya kerana di tempat itu, tiada kerusi. Aku lebih selesa duduk di besi-besi.

Tiba-tiba, si Buta berkata,

"Saya ni buta sebelah mata je. Lagi sebelah mata boleh nampak lagi,"

"Oh, yeke? Nak naik bas s70 ke?"

"Ha'a,"

"Rumah kat sana ke?"

"Ha'a,"

"..........."

Semua dia jawab "Ha'a", tak nak bercakap dengan aku la tu. Fine. Aku faham. Aku sambung menung aku. Dekat mana tadi? Oh,part Doraemon nak bagi aku Pintu

Sakti tadi.


*******

Aku ternampak seorang yang berpakaian agak compang-camping dari jauh sedang datang menuju ke sini. Dia terus menuju ke pasangan melayu yang aku lihat semasa aku mula sampai tadi. Berdialog apa aku tidak tahu sebab diorang agak jauh dari aku. Tapi gaya perbualan agak tegang. Si pemuda melayu buat muka ketat sambil mata pandang kelain. Yang si perempuan pulak buat muka tidak tahu. Kepakaran kaum perempuan. Lepas tu apa entah macam si Lelaki compang camping tu seperti

memaki-maki lalu berlalu pergi. Elok lepas 10 saat,

“DANG!!!” si pemuda Melayu itu menumbuk tiang berdekatan.

Lepas geram. Sakit tangan tu. Aku tahu. Tapi depan makwe kan. Steady mat. Steady. Emo lettew. Apa yang dicakapkan pun entah aku tak tahu. Jauh sangat. Tak dengar. Kalau nak bagi dialog sendiri, kelakar pulak. Tak nak la.

*******

Seketika, kelihatan bas s60 sudah bersedia untuk dinaiki. Aku mengemas segala

beg aku. Nanti dulu, si Buta bagaimana? Aku pun menghampirinya,

"Kau nak naik bas s70 kan?"

"Ha'a,"

"Tunggu kat sana la. Kat laluan dia. Senang. Meh aku pimpinkan,"

"Takpe. Aku boleh pergi nanti,"

"Oh, ok," sambil buat muka kecewa.

Lelaki Jambu berhati mulia? Double Fail.

Aku pun naik bas berair-cond tu. RM3 harga tiket. Mahal. Aku rindukan masa dengan hanya membayar RM2 dan menyimpan tiket itu, kau boleh naik seberapa banyak kali yang kau nak. Sekarang, Rapid KL dah mula kedekut. Haha, rugi la tu

gamaknya.

Perjalanan aku terus sampai ke rumah.


*******

Aku suka memerhatikan manusia di sekeliling aku. Mereka ramai dan hampir 85% yang kau lihat adalah manusia yang kau lansung tidak pernah korang bersua muka sebelum ini. Ada diantaranya kita ingat agak lama dan ada sesetengahnya tak menjengah pun ingatan kita. Aku mula terfikir yang adakah segala perlakuan aku yakni seorang mamat hensem jambu bersama walkman sony nya yang sering

memandang-mandang orang dan tersenyum sendiri dan setiap kali tersenyum itu, dia akan menaip sesuatu di handphone akan menarik perhatian orang lain? Dan adakah

perilaku aku ini akan diingati orang, sama seperti yang aku lakukan ni?

Itulah dia kisah Pulang, Manusia dan Impian masa depan yang meliputi "Konspirasi Menculik Lelaki Jambu", Amoi cantik, Lelaki sengal, Kerusi LRT, Orang

Gila, Mamat pengotor, Orang Buta dan mamat Emo.

Jadinya aku nak bertanya ni,

Dari cerita aku yang panjang lebar ini, apa yang kau dapat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience