Cerpen 3

Other Completed 14327

Cerpen Tiga
"Berapa Gaji Ayah Sejam?"

Si ayah baru pulang dari bekerja. Penat. Terasa macam di kerah-kerah tenaganya. Sampai saja di rumah, si anak menyambut kepulangan si ayah. Tersenyum.

Si anak kecil berusaha sedaya untuk mengangkat begnya ke dalam.

“Ibu mana?”

“Dah tidur dekat atas,”

Si ayah faham sambil mengangguk.

Memang sudah menjadi kebiasaan untuk pulang dari kerja pukul 9 dan sampai ke rumah dalam pukul 11 lebih kerana kesesakkan jalan raya. Di tambah pula apabila medium pergerakan adalah dengan menggunakan kereta, maka kesesakan itu menjadi

suatu perkara yang amat mustahil untuk di elak.

Si ayah membuka stokinnya, masuk ke dalam rumah dan melabuhkan

punggungnya ke sofa yang berada di ruang tamu. Mengeluh sambil memandang kipas

yang sudah sedia terpasang.

Si anak datang sambil membawa segelas air sejuk.

“Terima kasih,” ujar si ayah sambil mengambil gelas dari si anak.

“Ayah, ayah memang selalu balik lewat?”

Si ayah memandang pada anaknya.Senyum.

“Ha’a,ayah habis kerja pukul 9. Tapi dengan jalan jem lagi, memang lah lewat

sikit ayah sampai rumah,”

Si anak mengangguk tanda faham. Pertanyaan seterusnya.

“Ayah, gaji ayah bekerja untuk sejam berapa ya?”

Si ayah agak terkejut dengan pertanyaan si anak. Namun si ayah tidak mahu

fikir yang bukan-bukan.

“RM50 sejam. Sikit je tu. Tak sebanyak orang lain,” kata si ayah.

Si anak angguk tanda faham.

“Ayah, kalau Azim nak minta dekat ayah RM20 boleh tak?”

Tiba-tiba terbit rasa marah dalam diri si ayah. Entah mengapa. Mungkin bagi dirinya,si anak ini tidak faham akan kepayahan serta kepenatan dirinya mencari duit

membuatkan dia cukup emosi pada ketika itu.

“Nak buat apa? Sibuk asyik-asyik nak mintak duit! Bukan nak faham ayah kerja penat-penat! Lagi nak minta duit. Ni tak lain mesti nak beli benda yang bukan-bukan. DAH!! Jangan nak mengada!” tengking si ayah.

Anak kecil yang terkejut itu terus menangis berteriak lantas berlari masuk ke

biliknya. Terdengar juga esakan halus dari luar bilik.

Kemudian, terbit rasa kasihan di dalam hati si ayah. Fikirnya, apa lah yang logik serta kefahaman yang ada pada seorang budak lelaki yang berumur 6 tahun. Si ayah kesal. Tidak patut anak kecil itu ditengking atas sebab si anak meminta duit yang jumlahnya tidak lah begitu seberapa itu. Si ayah terus masuk ke dalam bilik si anak. Si

anak masih menangis, baring mengereng membelakangi pintu sambil tersedu-sedu.

Si ayah duduk di sebelah si anak lantas mengusap kepala si anak.

“Ayah minta maaf. Minta maaf sebab marah Azim tiba-tiba,”

Si anak mula hendak berhenti teresak. Dikesatkan air matanya. Mungkin berasa

sikit tenang dengan nada suara yang digunakan si ayah kali ini.

Si ayah mengeluarkan dompet lantas mengeluarkan duitnya sebanyak RM20

dan diberikan kepada anaknya.

“Nah, RM20. Guna duit ni elok-elok”

Anak kecil itu tersenyum.

Dia mencapai duit yang diberikan oleh ayahnya lantas dengan cepat dia mengambil tabung duitnya yang diletakkan di tepi katilnya dan diberikan kepada

ayahnya.

Ayahnya terkejut.

“Dalam tabung ni ada RM30. Kalau campur dengan duit yang ayah bagi dekat Azim, cukup la RM50. Boleh tak ayah balik awal sejam esok untuk luangkan masa dengan Azim? Esok kan hari jadi ayah? Azim nak sambut dengan ayah,” ujar anak kecil

itu.

Ayah tekejut. Dan kemudian si ayah tersenyum lantas berkata,

“Tak boleh. Esok ayah nak pergi Zouk. Ada promosi 50% untuk minuman keras dan GRO. Lagipun, birthday ayah esok, ayah nak minum arak dan main perempuan,”

ujar si ayah bersahaja.

Kemudian, si ayah bangun dan terus bergerak ke bilik air untuk mandi sambil

meninggalkan si anak terpinga - pinga.

Dalam fikiran si ayah, malam ni si ayah kena tidur awal sebab esok banyak

tenaga yang perlu digunakan. Membazir pulak rasanya berikan si anak RM20 tadi.

Baik gunakan untuk esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience