Cerpen 7

Other Completed 14327

Cerpen Tujuh
Pulang, Manusia Dan Imaginasi (1)

Aku mengaku yang aku ni antara jenis manusia yang suka memerhatikan

manusia yang lain sambil berimaginasikan akan apa-apa sahaja tentang diri orang yang aku perhatikan. Apa-apa sahaja termasuklah dari segi pakaian, kelakuan, wajah dan barang-barang yang dibawa. Orang yang aku perhatikan tak tetap cirinya. Ofcoz lah gadis-gadis yang cantik dan menarik menjadi pilihan utama dan teragung dalam hati dan sanubari untuk diperhatikan. Heck, aku lelaki normal yang cintakan pada keindahan manusia yang berkaum hawa ini. Aku bukan lah manusia yang mempunyai kemaluan lelaki tetapi bila nak usha manusia, pergi usha lelaki-lelaki berbadan ketak-

ketak, muka macho pastu gigit bibir menahan gelora shahwat. Itu bukan aku.

Aku perasan tentang perangai aku melihat orang ni bila ada satu hari itu aku mahu pulang ke pangkuan keluarga. Perjalanan adalah dari UTHM Johor, menuju ke Selangor. Mari aku ceritakan suasananya bagaimana. Sediakan kepala otak korang dengan jus imaginasi yang penuh kerana anda akan turut sama diajak untuk

berimaginasi dengan aku.

Cerita bermula tatkala aku tiba ke Stesen Terminal Bas Selatan, Selangor.

*******

Serius aku kagum dengan perkembangan dari segi infrastruktur di Malaysia sekarang ni. Rasa macam dekat airport pun ada Terminal Bas Selatan (TBS) ni. Betul, jika anda duduk disekitar Selatan semenanjung Malaysia, datang la ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas agar anda dapat nikmati apa yang aku tengah nikmati sekarang ni. Nanti takdelah kau hari-hari nak kecoh kata Malaysia tak maju, Malaysia Negara mundur apa semua. Entah-entah, KLCC pun korang tak kenal sebab yang korang tahu

cuma nak kritik tanpa hendak meneroka Malaysia yang indah permai ini.

Tiba-tiba, sedang aku berjalan menuju ke stesen LRT, aku ditegur oleh seorang

pakcik botak berperut buncit. Berbangsa India mungkin.

"Excuse me, can you speak in English?"

"Yes sir, May i help you?" (Dalam fikiran aku, mungkin dia nak tanya jalan)

"Mmm, may i know where are you heading?"

"Owh, i'm heading to the LRT stesen,"

"Monorail to the airport?"

"No-no, just need to go to Pasar Seni and catch up the bus there"

"Really? Are you from here?"

"Well, yes of coz" (Ingat part ni, akan diperbincangkan dengan lebih mendalam kelak)

"Actually ,i have a problem"

Aku dapat rasa yang dia nak pinjam duit aku. I know la before he tell me. I can smeel it. Ok, standby untuk cabut lari dengan kata-kata manis dan senyuman lebar

yang meyakinkan.

"I need to go to cheras but i out of money. I have an ATM card but its quite late

now, so hahaha i can't withdraw my money,"

Tak tahu pulak aku sekarang ni ATM dah tak boleh nak keluarkan duit bila dah

lebih pukul 9 malam. Lama betul aku tak balik KL ni. *nganjing*

"So, would you lend me some money, not much just RM3?"

Kan betul. Aku dah agak dah! Sambil senyum, aku cakap,

"I'm so sorry sir. I really like to help you, but i quite broke right now.Seriously,"

Sambil cakap sambil aku buat macam aku perlu cepat bergerak. Langkah aku

pun dah bermula sedikit demi sedikit.

"Oh, ok-ok. I'm sorry to bother,"

"Its Ok. I got to go now,"

"Ok, thanks anyway,"

Aku tak balas. Aku cepat-cepat melangkah dengan lebih laju lagi. Fuuhh. Selamat. Aku mempercepatkan langkah aku lagi menuruni tangga. Sambil-sambil tu, aku baca lah sekali Ayat Qursi. Ok, bukan sekali tapi banyak kali. Gila kau, aku dah la

muka handsome, karang dipukaunya aku, habis aku di"Sodomi" nya.

Aku perasan yang aku dah banyak buat kesilapan bodoh. Dah la aku bagitahu aku nak menuju ke mana. Mana tahu ianya rupanya sebuah konspirasi agensi penculikan yang menculik lelaki-lelaki jambu dan handsome seperti aku untuk dijadikan maknyah disempadan Thailand bagi memperkembangkan industri Pelacuran tanah air mereka? Sambil-sambil tu, aku jeling jugak ke belakang. Mana tahu dia sebenarnya tengah follow aku secara perlahan-lahan kan? Ya, dia turun tangga yang

sama dengan tempat aku turun tadi. Langkah aku makin laju.

Fuck Fuck Fuck.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience