Cerpen 2

Other Completed 14327

Cerpen Dua
Bagaimana Buat Si Dia Jatuh Cinta Dalam Tempoh 30 Hari

Itulah tajuk buku yang aku nampak kau tarik keluar dari rak dan mula nak belek

setiap helainnya. Aku cuma mencebik dari jauh.

“Eleh, ingat berkesan la tu,” betah aku apabila sudah berdiri betul-betul

disebelah kau.

“Apa?” jawab kau seolah-olah macam apa yang kau buat tu, aku tak nampak.

Lelaki.

“Buku yang kau pegang tu la. Kau ingat berkesan ke? Boleh pakai?”

“Entah. Tapi, kalau dah dekat depan ada label kata buku ni “Best seller in UK” ni,

mestilah bersebab kan?”

“Hmm, berkesan la kot. Tapi, dengan perempuan-perempuan bimbo je aku rasa. Tak pun, yang jenis memang takde intelektual. Takpun, yang buatnya mesti hensem dan ada rupa. Tu ya, kemungkinan untuk berhasil mungkin ada. Kalau kau la yang buat semua tips yang dicadangkan dalam buku tu pada aku ni, memang confirmconfirm la takkan berkesan,” jawab aku angkuh sambil disertakan sama gelak ketawa

menggila.

“Heh, yakin benar,” jawab kau sambil senyum senget.

“Aku yakin,”

“Kiranya, kau nak bet dengan aku la ni?”

“Bet?”

“Bet la. Kalau aku amalkan semua tips yang ada dalam buku ni pada kau dan mampu buat kau jatuh cinta dengan aku, maknanya aku berjaya dan power. Aku nak kau cakap ke aku, mengakui akan kehandalan aku mengayat gadis!”

“Hek elleh. Tu je kau nak kalau menang?”

“Dan pengakuan tu aku nak dengar kau cakap kuat dan official dekat Fac

kau,”

“Amboi, main sampai situ. Habis tu kalau kau tak berjaya?” Kau senyum.

“Aku bawaklah ke tempat makan yang kau suka sangat tu,”

“Tony’s Roma? Like seriously? Like serious seriously?”

“Tak percaya benar kau. Kenapa?”

“Like you know la kan. Aku kalau makan dekat Tony’s Roma tu, bukan RM10 je

aku spend. Mampu ke awak? Mampu ke?” tanya aku sambil angkat kening.

Kau angguk.

Dan aku bersetuju kepada perjanjian paling gila dalam hidup aku.

Tapi masa ni, aku belum sedar.

*******

“Kau tahukan, semua yang aku buat ni sebab buku tu? Kan kita dah betting

benda ni sebulan lepas? Kan? Kau jangan salah anggap tau.” ujar kau serious.

Aku jadi tergamam. Entah apsal entah.

Walhal aku sedar benda ni semua sekadar sebuah pertaruhan suka-suka. Tapi entah hari ke berapa aku mula hanyut dengan fantasi yang mungkin diciptakan oleh

diri aku sendiri.

Aku tak sangka sebulan tu, kau boleh jadi sangat romantik.

Aku tak sangka sebulan tu, kau boleh jadi sangat sweet.

Dan,

Aku tak sangka sebulan tu, kau boleh buat aku jatuh cinta.

Ini cilaka.

Air mata dah nak berterabur keluar ni.

Perlahan, aku letakkan sudu garfu. Steak Tony’s Roma yang kau belanja atas dasar sebab kau kata ni makanan kegemaran aku dan sempena temu janji istimewa kita

buat aku rasa tak selera.

“I...aku nak pergi tandas,” aku bangun dan bergerak ke tandas.

Laju aku melangkah.

Sampai ke tandas, aku terduduk dan air mata keluar seberapa deras yang dia

mampu.

Entah bodoh agaknya. Ni mata dah merah merah ni nak keluar lagi menghadap muka dia ke? Aku keluarkan telefon bimbit aku dan aku whatsapp,

“Sorry, aku tak berapa sihat. Aku balik dulu”

“Ok”

Ok? Ok je? Ok je?

Mira, Mira.

Dengan buku bodoh tu pun kau boleh kalah.

*******

31 hari sebelum itu.

“Hey Mira. Esok busy?”

“Awatnya?”

“Esok teman aku pergi Kinokuniya,”

“Kau nak cari apa dekat sana?”

“Ada la,”

“Hmm, ok. Pukul berapa?”

“10 pagi macam tu. Boleh tak? Tak boleh takpe ”

“Gedik ni kenapa setan? Boleh asalkan lunch aku dibelanjai seketul Subway. Hahahaha,”

“Ya...ya...boleh,”

“Set!”

“Thanks ”

“Jumpa esok ”

Selesai berbalas Whatsapp, Amir duduk di meja tulis sambil menghirup teh o

panasnya. Buku yang baru sahaja dibelinya sebentar tadi dibuka helaian demi helaian.

“Bab 1 : Ciptakan Suasana.

Sebagai permulaan untuk kamu, cuba ciptakan sebuah suasana yang sesuai untuk membuatkan anda mampu untuk memikat si dia dengan kebenaran/keizinan si dia. Memikat si dia dengan kebenaran/keizinan si dia? Macam mana tu? Baiklah, mari saya cadangkan sebuah

modus operadis untuk anda.

Cadangan : Kesan di kedai buku mana yang ada menjual buku ini. Ya, buku yang bertajuk “Bagaimana Buat Si Dia Jatuh Cinta Dalam Tempoh 30 Hari”.Kemudian, cuba ciptakan peluang untuk bertemu janji dengan si dia atas alasan untuk mencari bahan bacaan

baru. Jika dia bersetuju, percayalah. Hal seterusnya akan menjadi lebih mudah.

Saat berada di sana, cuba berdiri di hadapan rak yang terdapat buku tersebut. Tatkala dia melihat anda, tarikkan buku ini dari rak dihadapannya sehingga dia bertanyakan tentang buku

tersebut.

Anda boleh menggunakan point tahap keberkesanan buku ini terhadap orang yang menggunakannya sama ada berjaya atau tidak. Jika si dia seolah-olah tidak yakin dengan keberkesanan buku ini, cuba cabar si dia sehingga sebuah pertaruhan diadakan bagi menguji keberkesanan buku ini kepada si dia sampailah si dia setuju. Cubalah berikan hadiah pertaruhan yang sukar ditolak jika si dia dapat membuktikan buku ini tidak berkesan. Membawa ke tempat

makan istimewa contohnya. Pastikan sehingga pertaruhan itu mendapat persetujuan si dia.

Nah, sekarang anda sudah mendapat kebenaran (tanpa sengaja) untuk memikat si dia. Tanpa perlu ada memberikan perasaan semak dan serabut kepada si dia. Sebab tanpa sedar, si dia

sendiri sudah membuka pintu peluang tersebut untuk anda.

Mudah bukan?

Faham?”

“Orait faham,” ujar Amir sendiri dan menutup bukunya. Dia perlu tidur awal.

Esok, dia ada “Date” dengan Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience