Cerpen 9

Other Completed 14327

Cerpen Sembilan
Pulang, Manusia, Dan Imaginasi (3)

"Stesen...Masjid Jamek..Stesen..Masjid Jamek"

Sampai pun ke destinasi, aku lihat lebih dari separuh manusia dalam tren tu ambil keputusan hendak turun. Begitu juga Pemuda Pencungkil Gigi tu tadi. Aku melajukan aku yang dari stesen Masjid Jamek untuk menuju ke Stesen Pasar Seni. Cuma satu stesen je sebenarnya, tapi aku malas hendak berjalan kaki ke sana. Gila?!! Tengah malam begini nak suruh aku jalan kaki sorang? Kau jangan lupa

dengan Konspirasi agensi penculikan yang menculik lelaki-lelaki jambu dan handsome.

Dalam ingatan.

Dalam ingatan. Aku perlu berhati-hati.

Entah-entah, lelaki India tadi ada je follow aku dari belakang sambil menunggu

peluang keemasan. Keadaan yang lengang mudah untuk dia menculik aku dan

di"Sodomi". Otak aku dah start dah mainkan imaginasi yang kurang ajar. Langkah aku

makin pantas menuju ke kaunter tiket. Seram sejuk.

Sebaik sampai di tempat menaiki tren, aku bersandar untuk menunggu. Kali ni, aku malas nak duduk. Jam KTM menunjukkan lagi 2 minit tren akan sampai. Sia-sia. Dan ternyata aku berada di pihak yang benar. Tren sampai dan aku pun berpusu naik

seperti manusia yang lain.

Sebaik saja jasad aku sudah berada di dalam gerabak tren, mata aku tertarik pada seorang wanita yang kelihatan bekerjaya sedang duduk di kerusi. Aku ambil posisi berdiri yang memudahkan aku untuk mencuri pandang wajahnya. Mukanya tidaklah terlalu ratu cantik, tetapi aku seakan-akan terpukau dengan karismanya.

Dengan kemeja putih berpotongan agak fit serta berskirt hitam labuh. Ditambah pula dengan rambutnya yang berikat toncang satu. Ya, dia nampak matang. Mungkin sudah

24 atau 25 tahun. Pantas, aku memerhati jari-jari nya. Mana tahu ada cincin kahwin.

Bagus! Tiada!

Aku dah start plan dalam kepala untuk susun atur ayat mengorat yang paling power sekali dalam dunia. Biar sampai dia jatuh cinta terus tanpa perlu menunggu hari

esok. Baiklah, aku dah bersedia. Ting ting ting!!!

“Pasar seni…pasar seni”

Ah marahnya aku. Ingat senang ke nak kumpulkan keberanian. Takpe. Kalau dia turun satu stesen dengan aku, bermakna ianya adalah petunjuk dari Tuhan bawah

gadis yang aku lihat ini adalah jodoh aku yang paling nyata.

Aku mula bergerak menuju ke pintu keluar. Aku curi pandang ke wanita terbabit dengan harapan dia juga turut berniat untuk menaiki bas ke destinasi yang sama dengan aku. Hampa. Masih duduk. Aku memasang harapan bahawa dia sengaja menuggu sehingga kurang manusia yang bersesak-sesak. Bila dah lapang sedikit, baru

dia hendak memulakan langkah untuk keluar. Mungkin. Pintu tertutup. Hampa Square.

Aku meneruskan langkah lagi menuju ke stesen Bas. Suasana agak lengang. Perhatian aku tertarik pada seorang pemuda yang buta. Juga menunggu bas. Adakah dia juga akan menjadi salah satu watak penting dalam "rancangan TV" yang

dipertontonkan live dihadapan mata aku sebentar lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience