Cerpen 4

Other Completed 14327

Cerpen Empat
Teman Setia

“Ayah, kenapa bulan ni asyik ikut kita je?” tanya aku semasa di dalam kereta sambil mata memandang tepat ke bulan. Sudah puas baring sampaikan nak tidur pun aku dah penat. Aku jadi bosan duduk sampai semua benda sekeliling aku nak pandang

tepat. Sampai aku nampak bulan.

“Betul ke dia ikut kita?” tanya Ayah.

“Ha’a la.”

“Sejak bila perasan macam tu?”

“Entah lah. Tapi baru lagi rasanya.”

Dari cermin pandang belakang, dalam gelap dan silau lampu malam, aku

nampak ayah tersenyum.

“Bulan tu, sejak Ayah kecik lagi dah ikut kita.”

“Tipu ah! Kenapa selama ni orang tak perasan pun?”

“Sebab kita hanya nak nampak apa yang kita nak nampak je. Bila kita dah hilang punca, dah tak tahu nak buat apa, baru kita perasan benda-benda yang selalu ada

disamping tapi tak pernah kita nak sedar kehadiran.”

Aku tak faham satu apa pun intipati yang Ayah cuba nak sampaikan.

Yang aku tahu masa tu, bulan tu nampak cantik. Dan aku rasa terhibur melayan

betapa indahnya kecantikan bulan malam tu.

*******

Aku jatuh dalam lubang gelap yang paling dalam buat masa ni. Result Matrik dah keluar dan result aku tu memang kalau siapa-siapa tengok pun tahu yang memang takkan dapat masuk ke mana-mana Universiti untuk sambung belajar. Aku dah buntu

dan perlukan seseorang untuk aku bercakap.

Dengan aku tak tahu siapa yang aku perlu telefon untuk aku ringankan sedikit beban di bahu. Sebab masa tu aku rasa aku dah takde sesiapa dah. Lebih kepada rasa aku dah takde sesiapa yang aku boleh percaya. Tadi masa semak result, ada la kawankawan sekali. Tapi, kalau dah mata berair sendu-sendu tengok result sendiri (luka ditambah dengan rakan-rakan lain mendapat pointer 3.00 ke atas. Ya, aku nampak mereka juga serba salah) kau agak diorang masih nak ke lepak berhampiran dengan

kau?

Aku tenang. Tarik nafas. Hembus. Aku teringat telefon aku. Aku perlu belek balik phon. Mesti ada satu nombor yang aku boleh telefon untuk aku cerita. Dan

ketika itu jugak, telefon aku bergetar dua kali dan aku tidak sempat mengangkatnya.

Aku keluarkan phone. Aku tatap screen dan aku ternampak tertera “1 Panggilan tak berjawab”. Dari siapa ni fikir aku. Dan aku tak perlukan masa yang lama untuk aku menelefon kembali nombor yang memang tidak asing bagi aku namun semakin jarang

aku hubungi.

Sekali dering dan telefon berangkat.

“Hello Assalamualaikum Ayah.”

“Wa’alaikumussalam. Ha, kenapa?” ujar Ayah sambil terdengar ketawa kecil

tanda pertanyaan itu lebih kepada gurauan.

“Ayah ni, masa orang sedih je mesti nak muncul kan?” aku tersenyum masa aku

cakap tu. Sungguh.

“Betul ke?”

“Ha’a la.”

“Sejak bila perasan macam tu?”

“Tadi, masa Ayah miss call” jawab aku yang kemudian didatangkan dengan rasa

serba salah.

Dan aku tahu dihujung talian itu, ayah tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience