Cerpen 1

Other Completed 14327

Cerpen Satu
Third Wheel

Pertemuan berlaku di tempat agak gelap di taman permainan. Memang sengaja Azam memilih tempat yang sebegitu. Mudah untuk dia menjalankan kerja yang dia minat ke atas Izzah. Perlakuan di atas motor yang tadinya sekadar perbualan kosong antara Azam dan Izzah bertukar kepada ramasan dan kucupan yang semakin lama

semakin melibatkan air liur.

“Hakim tak kisah ke?” tanya Izzah tiba-tiba.

“Hakim tak kisah la.” ujar Azam sambil sambung kucup. Tangannya yang sedari tadi meramas buah dada Izzah, masih lagi menjalankan tugas yang sama sedari

kucupan pertama berlaku. Suara Izzah makin lama makin meresah.

“Betul ke Hakim tak kisah ni? Izzah risau je kalau Hakim tak suka pulak dengan apa yang kita buat ni. Nanti kalau dia tak selesa nanti macamana?” ujar Izzah. Sambil

cakap sambil tangan tak berhenti mengusap muka dan tubuh Azam. Memang

pergerakan jadi agak terbatas bila di atas motor.

“Hakim tak kisah la.” muka Azam mula pula menunjukkan gaya kurang selesa. Mungkin kilmaksnya terganggu dengan pertanyaan yang bertalu dari Izzah.

Muka Izzah takdela cantik mana, tapi bentuk badan dia tu memang mampu mengiurkan mana-mana jantan yang tercuri pandang. Jadi, bila perempuan tak berapa cantik tapi badan mengiurkan ni cuba bercakap, meter annoying kau tu memang boleh

cepat naik.

“Betul tak Hakim? Kau tak kisah kan?” tanya Azam tiba-tiba pada aku.

Aku sekadar menunjukkan ibu jari tanda aku ok. Kemudian, aku sambung balik main Space Impact dekat Handphone 3315 aku sambil telinga cuba lari-lari sikit dari

bunyi suara resah Izzah.

Bangsat tau Azam ni.

Nak beromen dekat tempat gelap, tapi penakut. Ajak aku teman untuk apa

entah.

Bangsat.

*******

“Aku dah malas dah nak ikut kau beromen.” jawab aku bila Azam sekali lagi

ajak aku teman dia pergi taman permainan malam ni.

“Laa, apsal pulak? Kau takut dosa ke?” ujaq Azam sambil berkata. Aku tak jangka pun jawapan tu dari mulut dia. Tapi, itu menunjukkan memang bab-bab dosa

pahala ni, dia pandang remeh.

“Bukan masalah tu, kau sedap beromen. Aku? Aku hadap handphone main Space Impact. Bosan main space impact, aku main snake. Kau sedap. Aku dapat apa?”

ujar aku meluahkan rasa terbuku.

“Kau usha je la aku beromen. Tak stim ke tengok aku? Alamak, kalau kau tak stim, macamana aku nak jadi pornstar ni?” jawab Azam sambil meluahkan cita-cita

fantasi dia.

“Atleast, kalau ada kawan dia yang cantik datang, boleh dia berteman dengan

aku beborak ke, berbual ke...”

“...beromen sekali ke. Kan? Kau nak tu kan?”

Aku diam. Angguk pun tak. Geleng pun tak. Dan aku harap, Azam faham.

“Kalau setakat ada kau dengan Izzah je dekat Taman tu, aku taknak pergi.

Mampus kau la.”

“Ok, ok, kali ni aku suruh dia bawak kawan dia. Dia memang ada tanya hari tu,

nak bawak kawan dia ke tak.”

“Ha, terbaik la. Aku nak yang cantik tau! Kalau tak cantik, aku balik!”

“Sial, tak payah la balik terus. Tunggu la aku habis.”

“Ah tak kira. Aku nak lawa, cantik.”

“Aku bagi yang padan dengan muka kau punya. Jangan risau.”

Jawapan Anwar sedikit melegakan hati aku. Kalau dia panggil kawan Izzah yang memang padan dengan muka aku, jawabnya memang bidadari la yang akan ada

dekat taman tu nanti.

Tak pun, Snow White. Terbaik la. Aku dah tak sabar,

*******

“Kenalkan, ni Rose.” Ujar Izzah pada aku sambil Rose hulur tangan tanda

perkenalan.

“Hai Rose, saya Hakim,” sambil aku tersenyum.

Tapi dalam hati, aku rasa dah lebih seribu kali aku cakap “Azam babi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience