Cerpen 6

Other Completed 14327

Cerpen Enam
Ini Realiti Yang Mungkin Susah Sedikit Kau Nak Hadam

Pada suatu hari, ada seorang Wanita HODOH dan seorang lelaki KACAK sedang duduk melepak di taman permainan. Kalau Lelaki KACAK ni, kau fantasikanlah sebagai seorang Zac Efron atau siapa-saiap sahaja yang korang rasa kacak (Kalau korang jawab “Pakwe sayalah!”, semoga korang berdua break up). Siapa-siapa tengok pun akan cair.

Yang wanita HODOH pulak, korang boleh bayangkan...baiklah. Aku taknak

kutuk sesiapa.

Si Wanita HODOH ini berniat nak meluahkan perasaan pada Lelaki KACAK itu.

Lantas, inilah dialog yang terkeluar.

Wanita HODOH: Saya sukakan awak.

Lelaki KACAK: Hehe, aku pun sukakan kau jugak.

Wanita HODOH: Tak, awak salah faham ni….saya cintakan awak.

Lelaki KACAK: Err tapi, kitakan kawan baik?

Wanita HODOH: Selalu macam tu....apsal yek? Kenapa kena jadi "Kitakan

kawan baik"? Aku menyampah. Korang yang hensem ni semua perangai hipokrit!

Lelaki KACAK: Kenapa....kenapa kau cakap macam tu?

Wanita HODOH: Kenapa? Mentang-mentang la saya gemuk, hodoh, muka

berjerawat, terus awak nak reject saya? Terus cuma nak berkawan je? Semua lelaki

sama je. SEMUA LELAKI SAMA JE!!! SEMUA NAK PANDANG PADA RUPA

LUARAN SEMATA-MATA!!

Lelaki KACAK: Oh, begitu.....macam tu ke awak fikir. Jadi...

Senyap 4 saat.

Lelaki KACAK: Jadi, kenapa kau sukakan aku? Kenapa kau nak bercinta dengan

aku?

Wanita HODOH: Errr, sebab…sebab…

(specchless)

Wanita HODOH: (Dalam hati) Fuck…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience