"Tak naklah. Aku penat sangat ni. Baru je keluar shopping tadi. Esok dahlah ada photoshoot. Nak rehat je kat rumah.Kau keluarlah dengan member lain." Nahairah masih menutup mata. Nafasnya teratur.
"Kau ni kalau si Hadi tu ajak keluar laju je! Penat-penat pun boleh lagi gagahkan badan tu keluar. Ni aku ajak keluar langsung tak nak. Kau ni dah berubahlah sejak kenal Hadi!" Shazwa meluah perasaan.
Mata Nahairah tercelik. Dia bangun lalu memandang tepat ke arah Hazliza.
"Kau jangan nak babitkan Hadi. Dah aku memang penat. Kau yang gatal-gatal ajak aku keluar aku time penat. Dahtu nak salahkan orang lain pulak." Nahairah membalas kembali.
"Apehal kau ni?? Yang kau backup sangat mamat tu kenapa? Aku tahulah dia tu balak kau, tapi takkan tak boleh nak spend time dengan aku kejap. Sejak couple dengan mamat tu, terus lupa kawan dah! Kau lupa masa kau susah senang dulu dengan siapa? Ada Hadi nak tolong? Aku jugak yang kau cari!"
Dada Shazwa turun naik menahan marah.
"Kau ni kenapa?Tiba-tiba nak cari gaduh. Eh kalau aku lupa kawan pun itu masalah akulah! Aku tahulah kau jealous sebab kau takde balak kan. Takde lelaki nak pandang muka buruk kau tu. Nak bandingkan kau dengan aku, macam langit dengan bumi. Dahlah macam pengkid. Please r!
Hei Haz! Kau ni dengki kan sebab aku cantik. Tu sebab kau sakit hati bila ada lelaki suka dekat aku. Mengaku jelah!" Nahairah membuat gaya sombong sambil mengibas rambut panjangnya.
Shazwa terkedu. Selama dia berkawan dengan Nahairah, tak pernah sekali pun gadis itu menghinanya. Kerana itu dia sayangkan Nahairah. Terlalu sayang. Shazwa sanggup membuat apa sahaja demi Nahairah.
"Aku sayangkan kau Haz"
"Aku sayangkan kau Haz"
"Aku sayangkan kau Haz"
Share this novel