BAB 9

Crime Completed 2011

Kenapa pada masa dia berada di ambang maut barulah dia mengingati Maha Pencipta?

"Haz bawak-bawak mengucap. Ingat Allah Haz." Dengan penuh yakin dia berkata kepada Hazliza.

Shazwa ketawa kuat. "Allah? Sejak bila kau pandai ingat Tuhan? Sejak kau bakal jadi mayat ke? Tak payah nak ingatkan aku. Kau tu hanya tahu menyundal je."

Nahairah terkesan. Dia hanya menunduk. Nahairah mengaku selama ini dia lalai. Walaupun dia nampak baik, tapi hakikatnya hanya Shazwa dan dirinya yang tahu. Dia berlagak alim. Seringkali Shazwa menegur agar dia tidak terlalu liar. Shazwa juga seperti dirinya telah hanyut. Tetapi Shazwa masih terkawal. Sedangkan dia terlalu hanyut. Akhirnya dia berubah juga.

Tetapi sejak dia berkenalan dengan Hadi, segalanya berubah. Dia kembali hanyut. Dan lebih memilukan lagi, dia memalukan Hazliza. Dia telah menghina Hazliza. Tiga hari lepas bukanlah kali pertama. Malah telah banyak kali dia menghina Hazliza. Dia cemburu kerana ramai yang memuji Shazwa cantik walaupun dia berpakaian seperti lelaki. Dan Hadi, teman lelakinya sendiri adakalanya memuji kecantikan Hazliza. Shazwa punya aura tersendiri. Nahairah jadi cemburu lalu sengaja membuat onar agar sahabatnya itu sedar Nahairah lebih dari segala-galanya. Dan hari ini Nahairah menerima padah apabila tahap kesabaran Shazwa telah sampai ke hujungnya.

"Haz tolong aku. Aku sakit sangat. Kau sayangkan aku kan." Nahairah merayu lagi.

"Memang aku sayangkan kau. Tapi sayang tu dah mati. Kau fikir aku takde perasaan bila kena hina?? Eh binatang pun tahu sayang kawanlah. Tapi kau ni lebih bangsat dari haiwan!" Shazwa menghamburkan kemarahannya.

Shazwa menyalakan api dari pendiang api milik atuknya. Dia memanaskan besi yang ada di situ sambil memakai sarung tangan tebal.

Nahairah menggigil.

"Aku kecewa dengan kau Nahairah. Dah lama kita kawan. Tapi kau khianati aku. Aku sedih Nahairah. Aku sedih." luah Shazwa sambil mengalirkan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience