BAB 10

Crime Completed 2011

"Haz kita kan dah lama.. Arghhh! Haz sakit!" Belum sempat Nahairah berkata, Shazwa telah menarik rambut panjangnya.

"Kau cantik Nahairah. Tapi hati kau busuk. Sanggup kau buat cerita yang aku mengandung! Kau sengaja nak malukan aku. Tapi kau bodoh. Kau silap orang bila kau bermain dengan api!"

Nahairah terdiam. Nahairah terkenang janin berusia 4 bulan yang dilihatnya itu. Dek kerana nafsu, dia menggadaikan segalanya. Setelah kejadian itu, dia menjauhi lelaki. Kerana itulah Shazwa melindungi dirinya. Bimbang perkara yang sama berlaku. Shazwa juga berubah wajah. Menjadi tomboy kerana sayang dan mahu melindungi dirinya. Nahairah tundukkan wajahnya kerana malu.

"Maafkan aku Haz. Aku tak patut buat kau macam tu. Aku tahu aku salah."

"Memang kau salah. Dah puas kau hina aku, kau buat cerita bukan-bukan. Orang bercakap aku jadi tomboy sebab bencikan lelaki gara-gara aku mengandung. Padahal yang mengandung tu kau! Dasar perempuan sundal! Kau terimalah balasan dari aku." Shazwa berlari ke arah besi yang telah di panaskan tadi.

Nahairah yang tahu Shazwa akan bertindak lebih jauh mula meronta-ronta.

Nahairah menjerit sekuat hati meminta tolong. Shazwa datang dengan senyuman yang mengerikan.

"Sekarang kau terima balasannnya sebab berani hina aku." Serentak itu Shazwa mencucuk pipi Nahairah dengan menggunakan besi.

Nahairah menjerit sekuat-kuatnya kerana menahan kesakitan. Shazwa terus mencucuk pipi licin itu.

Dan akhirnya.. tembus. Pipi gebu yang mempunyai lesung pipit itu kini berlubang.

Darah pekat mengalir membasahi baju Nahairah. Nahairah terus menangis kerana kesakitan. Dari celah lubang pipi itu ternampak giginya yang berlumuran darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience