BAB 7

Crime Completed 2011

Shazwa membuka pintu rumah. Kelihatan Nahairah sedang menyiapkan hidangan makan malam. Shazwa hanya tersenyum. Dia masuk tanpa bercakap sebutir kata. Nahairah yang sedang khusyuk menghidangkan lauk di atas meja, terkejut apabila tiba-tiba sahaja Shazwa berada di sebelahnya.

"Bila kau balik? Terkejut aku." Nahairah mengurut dada.

"Baru je." Shazwa menjawab sepatah.

"Jomlah makan. Mesti kau lapar kan." Nahairah sibuk menuruh Shazwa duduk.

Shazwa meletak beg hitam yang dibawanya tadi di atas kerusi.

Nahairah menyenduk nasi ke dalam pinggan Hazliza. Kemudian dia menuang air.

"Eh aku tertinggal satu lagi lauk. Kejap aku ambil." Nahairah terus bangun mengambil lauk di dapur.

Shazwa hanya diam membatu. Tidak lama selepas itu Nahairah datang bersama lauk hati ayam kegemaran Hazliza. Shazwa hanya tersenyum kecil. Mereka makan tanpa berkata-kata. Suasana sunyi sepi. Tidak seperti selalu kedengaran suara Nahairah yang gemar menyakat.

Kali ini suasana itu kaku. Nahairah tidak selesa namun terpaksa berdiam kerana takut terlepas kata lagi. Shazwa hanya menunuduk makan sambil mengunyah perlahan-lahan. Nahairah hanya minum air kerana tidak berselera mengenangkan salahnya walaupun telah dimaafkan. Dia meneguk sehingga separuh. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Nahairah cuba menahan mata.

"Kenapa kepala aku berat sangat ni?" Nahairah berkata.

"Kau okey tak? Kalau tak okey, masuk bilik tu. Aku boleh kemas pinggan-pinggan ni." Shazwa bertanya.

"Takpe aku boleh tahan." Nahairah cuba untuk menahan mata namun gagal.

Penglihatan Nahairah kabur. Dia hanya nampak bayang-bayang Hazliza. Akhirnya dia terkulai di atas meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience