BAB 5

Crime Completed 2011

Kata-kata Nahairah itu terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Shazwa mula hilang kawalan. Matanya merah menahan marah. Tangan Shazwa mula menggigil. Matanya tajam merenung Nahairah.

Nahairah yang sedar keterlajurannya itu sedikit ketakutan. Dia bimbang diapa-apakan oleh Hazliza. Tambahan pula Shazwa merupakan pemegang tali pinggang hitam seni karate.

Nahairah mengundur perlahan-lahan ke arah dapur. Dia bersiap sedia sekiranya Shazwa menyerang. Namun berlaku sebaliknya apabila Hazliza berlari keluar dari rumah. Nahairah bimbang untuk mengejar namun setelah beberapa minit menunggu, Shazwa tidak juga muncul. Nahairah memberanikan diri untuk menjengah ke luar pintu. Bayang Shazwa lagsung tidak ada.

"Mana kau pergi Haz?" Nahairah mengeluh.

Dia menyesal kerana terlanjur kata. Mereka berkawan sejak kecil. Antara punca mereka rapat kerana Nahairah dibela oleh atuk dan nenek Hazliza. Nahairah dijumpai di tangga surau oleh atuk Hazliza. Kedua orang tua Shazwa telah lama meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Oleh sebab itu mereka menjadi rapat ibarat kembar. Kini atuk dan nenek Shazwa telah tiada. Shazwa menggalas tanggungjawab menjaga Nahairah kerana Nahairah ibarat adiknya.

Nahairah menunggu Shazwa sepanjang malam namun Shazwa masih tidak pulang ke rumah. Nahairah mula risau namun masih sabar menunggu.

Hari ketiga..

Tok! Tok! Tok!

Nahairah yang sedang tidur terus terjaga. Dia kelihatan mamai.

"Tadi macam bunyi orang ketuk pintu. Aku mimpi ke?" Nahairah menggosok-gosok mata.

Tok! Tok! Tok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience