BAB 3

Crime Completed 2011

"Tadi tu photographer. Nama dia Hadi. Aku dapat job baru. Esok gerak pergi Langkawi. So kau nak teman aku tak?" Nahairah bertanya.

Selalunya Shazwa sentiasa menemani Nahairah ke mana-mana. Kadangkala Nahairah merasakan keluar dengan Shazwa lebih selamat. Tidak ada yang berani mengusiknya kerana melihat perwatakan Shazwa yang seperti pengawal peribadinya. Tambahan pula Nahairah memang tidak mempunyai teman lelaki.

"Esok tak boleh. Aku banyak kerja kat office. Tak boleh postpone ke? Kesian takde orang teman kau." Shazwa memberi idea.

"Emm..tak bolehlah. Esok je aku free. Hari lain memang full. " Nahairah menggeleng kepala.

"Risaulah nak biar kau seorang. Kau tu dahlah nakal. Dah besar pun tak reti jaga diri lagi." Keluh Hazliza.

Nahairah hanya ketawa. Dia akui dia agak kebudak-budakan sehingga memaksa Shazwa untuk menjaganya.

"Takde apalah. Tahulah aku jaga diri. Ni yang aku sayang lebih dekat kau. Muah!" Nahairah melayangkan flying kiss ke arah Hazliza.

Shazwa mencebik lalu menunjuk penumbuk ke muka Nahairah. Nahairah ketawa riang.

"Aku sayang kau Haz."

"Nahairah jom keluar tengok wayang. Ada cerita baru." Shazwa mengajak.

"Malaslah. Aku penat ni. Kau ajaklah orang lain teman ye." Nahairah menjawab sambil menutup mata.

Dia sudah terbaring lesu di atas sofa. Badannya letih kerana baru balik dari membeli barang.

"Ala jomlah. Aku dah lama tak keluar dengan kau. Sejak dua menjak ni kau asyik busy je." Shazwa cuba memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience