BAB 6

Crime Completed 2011

Nahairah cepat-cepat bangun. Dia membetulkan baju dan rambutnya yang tidak terurus. Nahairah membuka pintu.

"Haz!!! Kau pergi mana? Dah tiga hari tak balik rumah." Nahairah terus memeluk Haz.

Muka Shazwa kelihatan pucat. Matanya lebam seperti orang tidak cukup tidur. Badannya berbau sedikit hamis. Mungkin tidak mandi selama tiga hari.

"Haz, kenapa kau diam? Kau pergi mana? Jawablah. Aku risau tau." Nahairah terus mendesak.

Shazwa hanya tersenyum nipis.

"Haz, aku minta maaf sebab sakitkan hati kau. Aku tak sengaja. Aku terlepas cakap. Aku takde niat pun nak cakap macam tu. Aku.." Nahairah terdiam.

Shazwa menutup mulut Nahairah sambil menggeleng perlahan.

"Aku maafkan kau." Shazwa tersenyum.

Nahairah terus memeluk Shazwa sambil menangis. Dia menyesal kerana tidak menjaga mulutnya. Dia tahu hati Shazwa terluka dengan kata-katanya.

"Aku lapar. Boleh teman aku makan?" Shazwa bertanya.

"Boleh Haz. Kau nak makan apa? Cakap je aku tak kisah. Aku masak untuk kau." Nahairah mengesat air matanya sambil tersenyum gembira.

"Takpelah. Aku nak keluar kejap lagi. Ada kerja nak buat. Kau masak untuk makan malam jela ye. Aku nak mandi. Nak siap-siap." Shazwa hanya tersenyum lalu berjalan menuju ke arah bilik.

"Yelah aku masak sedap-sedap untuk makan malam." Nahairah sedikit pelik.

Shazwa nampak lain. Namun Nahairah tidak mahu memikirkan apa-apa kerana dia hanya mahu menggembirakan hati Shazwa semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience