BAB 2

Horror & Thriller Completed 18074

Pintu bilik terkuak. Firdaus yang baru habis kelas, melangkah masuk. “Apa yang kelakar sangat ni?” soalnya pelik sambil meletakkan beg sandangnya di katil tingkat atas lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan ketiga-tiga kawannya.

“Malam ni kita orang nak main spirit of the coin /kat bilik kosong tingkat empat. Kau nak join tak?” pelawa Khaidir.

Mata Firdaus terbuntang luas. Dia merenung tajam satu per satu wajah kawannya. “Kau orang tahu tak, syirik kalau kita main permainan tu? Tak takut dosa ke?” Dia memarahi kawan-kawanya.

“Alah, kita orang just nak cuba je bukannya kita orang percaya game ni pun... itupun tak boleh ke?” sungut Aidil.

“Percaya atau tak, nak main suka-suka ke apa... itu tetap dikira syirik. Kau orang tahu, kan makna syirik? Kalau tak ingat, meh aku nak ingatkan balik... syirik ialah perkara yang menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan, dan iktiqad, iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain sama ada makhluk bernyawa atau tidak, sekutu bagi Allah,” terang Firdaus. Dia mahu kawan-kawannya itu sedar.

“Kalau kau tak nak join kau cakap je tak payah nak Bagi tarbiah sentap pula! Alah kau ni poyolah! Faryzal sudah naik angin. Wajahnya tegang kemerahan menahan berang.

“Lagipun banyak apa budak-budak Melayu main benda ni.” Khaidir menyampuk.

“Terpulanglah pada kau orang sama ada nak dengar cakap aku atau tak. Satu je aku nak ingatkan...” Firdaus diam seketika. “Bahaya main game ni. Kawan aku dulu pernah kena rasuk sebab hantu tak nak balik ke tempat asal.” Firdaus bangkit, mencapai tuala lalu beredar dari bilik tanpa mempedulikan renungan tajam Faryzal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience