BAB 4

Horror & Thriller Completed 18074

Perlahan-lahan duit syiling bergerak ke huruf M, kemudian beralih ke huruf A, seterusnya L-I-N-I-

Gulp! Faryzal menelan liur, tidak menyangka duit syiling itu benar-benar bergerak sendiri. Dalam rasa takut, timbul pula rasa gembira kerana dapat berkomunikasi dengan roh.

“Spirit-spirit of the coin, apa punca kau mati?” soal Aidil pula. Rasa takutnya sudah pergi sebaik melihat roh Malini membalas pertanyaan Firdaus.

Sekali lagi syiling itu bergerak dari satu huruf ke satu huruf, menceritakan bagaimana dia mati. Menurut Malini, dia pernah diculik oleh musuh papanya dan dijadikan tebusan untuk mendapatkan wang. Setelah penculik itu mendapat wang tebusan, mereka telah mungkir janji lalu membunuhnya.

“Kesiannya,” kata Aidil.

“Spirit-spirit of the coin, kau dah ada boyfriend ke?” Giliran Khaidir pula menyoal.

Aidil menyiku Khaidir dengan siku kirinya. “Apa punya soalanlah yang kau tanya ni? Hantu mana ada pakwe!”

“Eh, tengok tu, duit syiling bergerak kat yeslah! Tengok, siapa kata hantu tak ada pakwe? Kau ingat manusia je ke yang pandai bercinta? Hantu pun pandai tau. Mesti hantu ni hantu moden! Ha ha ha...” Khaidir menghamburkan tawa, tidak dapat membayangkan bagaimana hantu berpacaran.

Faryzal dan Aidil sudah terlopong, manakala Firdaus hanya memandang sahaja gelagat kawan-kawannya.

“Spirit-spirit of the coin, kalau betul kau ada boyfriend, siapakah nama dia?” Faryzal menyoal setelah beberapa saat dia terlopong.

Duit syiling itu bergerak ke huruf F-I-R-D-A-U-S-

Sepantas kilat Faryzal, Khaidir dan Aidil mengalih pandang ke wajah Firdaus yang tenang. Kemudian mereka bertiga ketawa. “Pandai betul hantu ni bergurau. Hantu mana boleh bercinta... dengan manusia pulak tu! Mengarut betul.” Ketawa Faryzal masih lagi belum surut.

“Yang kau ni Fir, senyap je... Malini tu minat kat kau... suka ke kat dia?” soal Aidil sambil cuba menahan rasa geli hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience