BAB 12

Horror & Thriller Completed 18074

"Astaghfirullahalazim..." Ustaz Sufian istighfar panjang setelah mendengar cerita dari mereka bertiga. Mereka hanya menundukkan kepala kerana rasa bersalah.+

Ustaz Sufian mencari Tirah di dalam /toilet. /Tapi tak ada. "Dia tak ada kat sini. Dia kat hutan belakang"+

Mereka terdiam., sebab teringat jawapan Melati. Melati berasal dari hutan belakang! Mereka hanya mengikut Ustaz Sufian pergi ke hutan belakang asrama. Ya, hanya mereka berempat termasuk Ustaz Sufian. Cikgu lain tak tahu tentang perkara ni kerana tak mahu keadaan menjadi kecoh.+

Tanpa berlengah lagi, Ustaz Sufian melaungkan azan sambil mengahadap hutan, dan melangkah masuk ke dalam hutan seolah-olah tahu arah mana yang patut dia pergi. Tidak sampai 5 minit berjalan, kelihatan ada seseorang berdiri disebalik pokok besar. Setelah mendekati pokok besar itu, jelas kelihatan, orang itu ialah Tirah!+

Tirah berdiri sambil kaki nya disilangkan sedikit. Badannya terliuk lentok seperti primadona. Kepala nya ditunduk kan. Tangan nya dibengkok kan seperti ada selendang yang terlilit di lengan. Jari jemarinya pula tersusun seperti sedang memegang kipas tangan. Ayu. Sungguh ayu. Mungkin begitulah rupa Melati 200 tahun dulu..

"Melati.." Perlahan Ustaz Sufian memanggil nama Melati. Ustaz Sufian tahu, Melati yang berada dalam jasad Tirah. Tirah mendongakkan kepalanya sedikit. bibir nya merah bak buah delima, tapi muka nya pucat, dan mata nya merah! Jauh berbeza dari muka Tirah yang sebenar. Melati mengukir senyuman sinis, dan mata nya merenung tajam ke arah Ustaz Sufian. Cukup mengerunkan! +

"Melati, tinggalkan jasad ini. Jangan kau kacau budak ini" lembut suara Ustaz Sufian memujuk Melati.

"Tidak!! Mereka yang memanggil aku!! Aku mahu kan jasad ini!! Aku mahu membalas dendam pada Samad. Samad yang jadikan hidup aku tidak tenteram!" Suara Melati jelas sekali diturturkan dengan nada yang klasik seperti filem zaman P.Ramlee.

"Di sini bukan tempat kau! Bebaskan jasad ini. Kau harus terima dan redha dengan perkara yang lepas. Biar Allah yang membalas perbuatan Samad terhadap kau!"

Melati diam seketika. Tangan nya ditekupkan pada muka. Teresak-esak Melati menangis meratapi kematiannya yang dibunuh oleh kekasih sendiri, Samad. Keadaan mejadi sayu.+

"Tidak! Aku tidak akan tinggalkan jasad ini!!!!" Heee... heeee.. heeee.." Melati mengilai seperti pontianak dan kaki nya sedikit demi sedikit terangkat dan tidak jejak ke bumi! Mulut Bella, Lala dan Wani terkumat kamit membaca surah. Perasaan takut, hanya Tuhan saja yang tahu.+

Ustaz Sufian dengan pantas membaca ayat suci Al-Quran dan tunduk menepuk tanah. Melati menjerit kesakitan, dan Tirah jatuh rebah di atas tanah.+

Dengan arahan dari Ustaz Sufian, Mereka berlari ke arah Tirah dan mengangkat Tirah ke luar dari hutan. Selang beberapa minit, baru la Ustaz Sufian keluar dan melaungkan azan sekali lagi.

Kejadian itu menyebabkan Bella, Lala dan Wani digantung sekolah. Tirah pula telah berpindah ke sekolah lain.

Demikianlah padah bermain dengan dunia tersembunyi. Ada bermacam permainan di dunia ni, berhubung dengan roh juga yang kau nak buat. Benarlah, curiosity can kill you.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience