INTRO: Kalau yang pernah tinggal di asrama tentu pernah dengar Spirit Of The Coin dan mungkin ada yang pernah mengalami sendiri pengalamn bermain dengan permainan ini. Permainan ini dinamakan Ouija di US dan konsepnya adalah sama seperti Spirit Of The Coin.
“Spirit of the coin” sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Mungkin pada masa sekarang ini ada juga orang yang masih lagi bermain permainan ini. Pada zaman persekolahan , selalunya pelajar yang tidak pulang ke kampung terutama yang tinggal di asrama akan bermain permainan ini, itu adalah sebagai mengisi masa lapang bagi pelajar sekolah yang tamat peperiksaan akhir mereka.
Selalunya kebanyakan pelajar sekolah ini akan melakukan aktiviti ini di kubur-kubur cina, kawasan yang terpencil dan blok-blok lama sekolah yang tidak lagi berpenghuni, disitu mereka akan merasakan suasana yang sunyi dan jika nasib mereka baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk yang lain disitu. Jika nasib tidak baik, bersedialah untuk perkara yang tidak diduga.
Sebenarnya “Spirit of the coin” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia. Kaedah ini biasanya digunakan untuk :
Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
Mengetahui kedudukan roh.
Berkomunikasi dengan roh.
Minta bantuan secara ghaib
Mencari barang orang yang hilang.
Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.
“Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani , panduan dan pertahanan yang lengkap.”
Share this novel
Hai..izinkan saya promote. Jemput baca Cerpen terbaru saya 'Mimpi Di Atas Papan'.
Haah sekarang ni memang ramai terkorban main tu tapi tak serik serik lagi