BAB 11

Horror & Thriller Completed 18074

Bermacam-macam soalan mereka tanya. Soalan serius, soalan merepek semua ada.

Krinngggggggg!! Krriiinggggggggg!! Loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat.

"Melati, kau boleh pulang sekarang. Pulang ke tempat asal kau" Bella menyuruh Melati pulang. TIDAK!

Bella tarik nafas dalam-dalam. Dan cuba lagi pujuk Melati untuk pulang.+

"Melati, kau boleh pulang sekarang. Kami akan doakan kau tenteram kat 'sana'.." Lagi sekali duit syiling bergerak ke bulatan, TIDAK!!

Tang!!!! Torch Light kat tangan Lala terpelanting dan terhempas ke lantai!! Lampu torch light terpadam dan suasana menjadi gelap gelita. Tirah terkejut, cepat-cepat menutup telinga dengan kedua-dua tangan. Tanpa Tirah sedar, dia dah mengangkat jari telunjuk dari duit syiling!!

Mereka terjerit-jerit sambil meraba-raba cari pintu untuk keluar. " To.. to..long aku! Pintu tak boleh bukak ni!" Terketar- ketar suara Wani meminta tolong.

"Allahuakbar!" Wani mula menangis kerana terlalu takut. Pintu terbuka, mereka terus berlari keluar.

"Kita rahsiakan perkara ni. Jangan bagitahu sesiapa!" Lala memberi arahan kerana tidak mahu perkara ini menjadi besar.

Wei!! Tirah mana????!! Mereka baru sedar, hanya mereka bertiga yang ada kat luar toilet. Tirah tak ada!!

Mereka buka pintu toilet luas-luas supaya cahaya luar sedikit sebanyak membuatkan toilet terang.

"Tirah..... Tirah......." Suara mereka bersilih ganti memanggil nama Tirah..

Krekkkkk.. Satu persatu daun pintu toilet ditolak. Sehinggalah daun pintu yang paling hujung. Hampa. Tirah tak ada!! Wani mula menangis teresak-esak. Muka Bella dan Lala pucat lesi seperti tiada darah!

"Mana Ti... tiii rah..?" Esakan wani makin kuat. "Sabar la Wani.. kita tak ada cara lain. Kita kena bagitahu Ustaz Sufian. Kita kena mintak tolong Ustaz Sufian" Bella bagi cadangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience