BAB 8

Romantic Comedy Completed 11809

Tok Mat terkejut mendengar jawapan Rusyidah. Mahu sahaja dia menjerit kepada anaknya kerana tidak memberitahu tentang penyakit yang Rusyidah ada kepada dirinya itu. Selaku ayahnya, dia berhak tahu segala perihal anaknya itu.

“Saya tak mampu nak beritahu pada ayah. Saya takut ayah marah.” Rusyidah meluahkan rasa gundah gulananya kepada Razi.

“Ayah awak akan faham. Dia tu seorang bapa yang baik, tak akanlah dia tak boleh nak terima kenyataan yang awak akan tinggalkan dia.” Razi menyatakan pendapatnya. Rusyidah berasa gembira mendengar kata-kata Razi yang memberi harapan kepada dirinya.

“Dah nak kahwin kita ni… Cepat betul masa berlalu. Dulu saya kenal awak, awak ni suka sangat main tepi longkang.” Rusyidah teringat waktu kecilnya dulu. Tidak sangka masa cepat berlalu.

“Yalah, saya kenal awak dulu pun waktu tadika tapi saya tak berani nak tegur. Awak suka sangat main kahwin-kahwin.” Razi memerli Rusyidah. Rusyidah mencebik mulutnya.

Sedikit sebanyak Tok Mat cuba merungkai misteri tentang Rusyidah yang menyembunyikan rahsianya. Tetapi, Tok Mat mula sedar bahawa sebenarnya Rusyidah tidak menghidapi sebarang penyakit. Tok Mat cuba berlalu pergi tanpa disedari oleh Rusyidah dan Razi akan tetapi kaki Tok Mat terlanggar pintu. Tok Mat menahan kesakitan dan hanya mampu menjerit dalam hati.

“Apa benda tu?” Tanya Razi. “Kucing kot.” Balas Rusyidah pendek. Rusyidah mengucapkan terima kasih kepada Razi dan dia terus masuk ke dalam rumahnya. Razi melihat jam tangannya, sudah hampir masuk waktu berbuka. Razi melihat bungkusan yang dibawanya. Dia mendapati sesuatu yang aneh.

Sementara itu, Rusyidah menuang sup ayam yang diberi oleh Razi ke dalam mangkuk. Rusyidah melihat sesuatu yang aneh. Rusyidah memanggil ibunya. Ibunya datang ke arah Rusyidah.

“Cuba mak tengok kuah ni. Pekat semacam je. Lepas tu daun ni pelik je saya tengok.”

“Biar mak tengok sekejap daun ni.” Mak Mah mencium daun tersebut.

“Daun apa tu mak?” Tanya Rusyidah dalam nada ingin tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience