“Tak apa, nak. Ayah faham. Ayah gembira sebab dapat melihat anak ayah ni ke jinjang pelamin. Cuma bila dah berkahwin nanti, dengarlah cakap suami kamu tu. Syurga kamu lepas ni di bawah tapak kaki suami.” Nasihat Tok Mat kepada anaknya. Rusyidah melepaskan pelukan ayahnya.
“Ayah bela kamu ni sejak kecil lagi. Masakan seorang ayah tidak sedih melihat anaknya yang sudah dijaga bagai menatang minyak yang penuh terpaksa melepaskan anaknya kepada orang lain? Ayah sedih tetapi dalam masa yang sama ayah berasa gembira sebab pengorbanan ayah selama ini sangat berbaloi sebab dapat lihat kamu berjaya dapat Ijazah, dapat suami yang baik macam Razi. Itu dah cukup buat ayah nak…” Sambung Tok Mat lagi. Rusyidah mendengar kata-kata ayahnya itu.
“Tapi, ayah janji kalau ayah sunyi, ayah telefon sahaja Idah. Nanti Idah dan Razi akan balik kampung ni untuk jenguk ayah.” Rusyidah berjanji tetap akan menjaga ayahnya sehingga ke akhir hayatnya.
“Ya, ayah janji.” Tok Mat tersenyum kegembiraan buat anaknya. Rusyidah memeluk ayahnya sambil menangis kegembiraan.
‘’Selama ini kamu jadi puteri yang terbaik untuk ayah, kini kamu akan jadi permaisuri Razi dan jadilah dewi terbaik untuk suami kamu dunia dan akhirat.’’ Ujar Tok Mat.
***
Selepas sahaja selesai solat tarawih, Wak Bon keluar daripada masjid. Wak Bon kemudian memakai seliparnya dan menuju ke arah basikalnya. Namun terdapat dua orang yang menunggu di hadapan basikalnya. Wak Bon terkejut. Mungkin ada orang hendak mencuri basikalnya.
“Dah kenapa nak curi basikal aku ni?” Jerit Wak Bon kepada kedua lelaki itu. Namun begitu, wajah Wak Bon berubah menjadi pucat apabila melihat wajah kedua orang lelaki itu.
Pakcik Johari dan Razi rupanya. Nampaknya habislah Wak Bon kali ini.
“Dah kenapa kau bagi daun ketum nak buat sup? Mujur aku dapat tahu dan Razi tak hantar ke orang-orang miskin dekat kampung.” Marah Pakcik Johari. Razi mengangguk. Wak Bon tergagap untuk menjawab soalan Pakcik Johari.
“Aku… Aku ingat daun kesum. Bunyi macam sama je…” Wak Bon cuba membuka langkah untuk melarikan diri.
“Kau nak pergi mana? Razi, kejar dia!” Pakcik Johari dan Razi terus mengejar Wak Bon. Wak Bon membuka langkah seribu dan menjerit ketakutan habis riuh sekampung gamaknya dengan suara mereka.
Share this novel