BAB 6

Romantic Comedy Completed 11809

“Ada. Jangan risaulah Jo. Aku ni rumah kata pergi, kubur kata mari. Umur kita ni pun tak panjang. Tak payah nak sedihlah. Yang penting amalan kita tu cukup untuk bekalan akhirat nanti. Dunia ni pun sementara sahaja. Lagi-lagi waktu bulan puasa ni eloklah kita baca Al-Quran, buat solat sunat dapat pahala lebih.” Haji Hamid berfikiran positif. Dia tidak takut akan kematian tetapi dia takut kepada dosa yang dilakukan olehnya.

“Kalau diikutkan sakit ni Jo, memang tak ke masjidlah aku jawabnya. Kau pun tahu sejak akhir-akhir ni tangan kiri aku ni kebas sampai ke dada. Tapi, gagahkan diri jugalah ke masjid semata-mata nak buat pahala.” Tambah Haji Hamid lagi. Pakcik Johari sekadar mengangguk perlahan.

“Hmm, kalau macam tu, aku pergi ke dapur masjid dululah. Aku nak tengok ikan dah disiang ke belum.” Ujar Pakcik Johari sambil berlalu pergi. Haji Hamid mengangkat tangannya sebelum dia masuk ke dalam masjid untuk membaca Al-Quran.

***

Jam di dinding sudah tepat menunjukkan jam 6:30 petang. Pakcik Johari, Razi dan semua Ahli Jawatan Kuasa masjid sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka puasa untuk dihidangkan kepada jemaah masjid yang datang berbuka di masjid. Razi sedang menyiapkan bungkusan makanan untuk dihantar kepada orang-orang miskin di hujung kampung.

“Kau dah letak daun kesum dalam kuah tadi?” Tanya Pakcik Johari kepada Razi. Razi mengelap peluhnya yang membasahi dahinya.

“Sudah. Saya dah siap bungkus semua makanan ni. Saya pergi hantar dulu ya.” Razi mengangkat plastik yang mengandungi bungkusan makanan dan terus menaiki motosikalnya.

Pakcik Johari melihat plastik yang mengandungi daun kesum. Pakcik Johari mengelap matanya seakan dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Itu bukannya daun kesum tetapi daun ketum!

“Ish, aku kena telefon Razi cepat ni sebelum dia hantar makanan tu dekat orang miskin dekat kampung ni. Wak Bon ni memang tak boleh diharap!” Monolog Pakcik Johari. Pakcik Johari mengeluarkan telefon bimbitnya dan dengan pantas dia mendail nombor Razi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience