BAB 5

Romantic Comedy Completed 11809

“Tak ada apa-apa.”

Pakcik Johari menepuk bahu Wak Bon dengan kuat.

“Jangan dilayan orang tua ni, Hamid. Aku pun kadang-kadang naik tension bila layan kerenah orang tua tak sedar diri ni.” Pakcik Johari menyampuk. Haji Hamid menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak apa, ini aku nak tanya salah seorang dari kamu berdua ni…. Tahu tak nama penyakit myocardial infarction?” Tanya Haji Hamid kepada Wak Bon dan Pakcik Johari. Wak Bon hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu.

“Aku tak faham apa yang kau sebut tu, Hamid. Aku sekolah dulu SRP pun gagal macam manalah nak faham bahasa omputih.

Kenapa dengan penyakit tu? Aku dengar nama penyakit tu macam bahaya je.” Kata Pakcik Johari kepada Haji Hamid. Haji Hamid membetulkan kopiahnya yang senget.

“Sebenarnya semalam aku pergi ke hospital kerajaan. Beratur punyalah panjang tapi berbaloilah rawatannya. Aku pergi ke sana sebab nak check tekanan darah aku. Tapi lepas sahaja doktor tu dah check tekanan darah aku, dia ada kata aku ada penyakit tapi penyakit apa aku pun tak ingat.” Cerita Haji Hamid kepada mereka berdua. Pakcik Johari mendengar dengan teliti.

“Saya rasa saya tahu apa penyakit Haji ni.” Wak Bon memberi andaiannya. Haji Hamid terkejut. Dia ingin tahu apakah penyakit yang dihidapinya.

“Apa benda penyakit tu, Bon?” Tanya Pakcik Johari dalam nada ingin tahu. Wak Bon berjalan perlahan ke arah basikalnya.

“Pelupa. Sebab Haji Hamid tak ingat apa penyakit dia.” Wak Bon terus menunggang basikalnya dan terus mengayuh basikalnya entah ke mana. Pakcik Johari menepuk kepalanya. Haji Hamid tidak mampu berkata apa-apa.

“Tapi aku rasa kau tak boleh sewenang-wenangnya ambil ringan tentang penyakit kau ni. Aku risau penyakit kau tu berbahaya. Doktor ada bagi kau ubat tak, Hamid?” Pakcik Johari menasihati Haji Hamid supaya dia berhati-hati dengan penyakit misterinya itu. Haji Hamid tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience