BAB 6

Romantic Comedy Completed 9626

Malam itu,Encik Osman mengarahkan mereka tidur sebilik.

"Kau tidur atas sofa. Aku tidur atas katil." Arah Ikhwan.

Qaisha mengangguk. Dia berbaring di atas sofa tanpa bantal dan selimut. Ikhwan telah melarangnya mengambil bantal dan selimut.

'Aku yang nak seksa dia. Dia pulak seksa aku.' Detik hati Qaisha.

Ikhwan hanya memandang Qaisha tanpa perasaan.

"Kenapa kau tak buka tudung?" Soal Ikhwan. Teringin sekali dia melihat rambut Qaisha.

Qaisha ragu-ragu. "Err.. Tak boleh.."

"Buka sekarang. Kau isteri aku. So,dengar apa aku cakap!" Marah Ikhwan.

Qaisha mengangguk takut. Perlahan-lahan,dia membuka tudungnya. Terserlah rambutnya yang berwarna /blonde /itu.

Ikhwan agak terkejut. "Kau warnakan rambut kau ke?" Terus dia duduk di atas katil.

Qaisha menggeleng. "Ini warna rambut saya yang sebenar."

Qaisha membuka matanya luas. Dia menarik kanta lekap coklat yang berada pada matanya. Ikhwan mengangkat kening kiri.

Ikhwan terpegun apabila terpandang mata biru Qaisha.

"Ooo... Ini semua kau sorokkan dari semua orang. Anak orang putih rupanya kau ni." Ujar Ikhwan sambil berpeluk tubuh.

Qaisha hanya tersenyum lalu membaringkan dirinya. Esok Ikhwan pasti akan tahu segalanya.

Mereka berdua bersiap-siap untuk ke sekolah. Baju siap dipakai dan beg sudah digalas. Masing-masing turun ke bawah.

Terdapat beberapa bungkusan nasi lemak dan terlekat surat di atasnya.

*Papa pergi sekolah dulu. Qaisha pergi sekolah naik kereta Ikhwan,ya.*

Ikhwan yang membaca menjeling Qaisha. Qaisha tertunduk.

Ikhwan mengambil plastik di tempat letak plastik lalu memasukkan empat bungkus nasi lemak kedalamnya. Dia menghulurkannya kepada Qaisha. Qaisha menyambutnya.

"Nah! Kita makan kat sekolah. Hubungan kita,jangan bagi sesiapa tahu." Arah Ikhwan. Qaisha hanya mengangguk.

Ikhwan berlari keluar lalu menyarung kasut. Segera dia menuju ke kereta.

Qaisha cepat-cepat menyarung kasut dan mengunci pintu. Dia menuju ke kereta milik Ikhwan.

"Awak,papa suruh naik kereta awak." Ujar Qaisha.

"Har? Naiklah. Aku dah tak larat nak kena marah dengan papa." Kata Ikhwan. Dia menyandarkan diri ke kerusi.

"Terima kasih." Qaisha membuka pintu.

"Tapi,kau tak boleh usik apa-apa termasuk kerusi." Ikhwan berkata sinis. Sengaja supaya Qaisha berjalan kaki.

"Habistu,macam mana saya nak duduk?" Soal Qaisha.

"Pandai-pandai kau lah." Kata Ikhwan. Dia memakai tali pinggang keledar.

"Okey." Qaisha masuk kedalam kereta.

"Woi! Kan aku kata ja..." Ikhwan berpaling memandang Qaisha. Terkejut beruk dia. Rasa nak meninggal pun ada.

Qaisha tersenyum sinis. Kelihatan dia sedang duduk tetapi punggungnya langsung tidak mencecah kerusi. Terapung gitu.

Ikhwan membuka pintu dan tali pinggang lalu berlari keluar. Tiba-tiba badannya terasa ditarik. Dia ditarik memasuki kereta semula. Pintu kereta dikunci. Peluh merecik di dahi.

"Kau boleh duduk." Ujar Ikhwan dalam ketakutan.

Dengan perlahan-lahan,Qaisha duduk. Terus Ikhwan menghadap Qaisha.

"Macam mana kau buat? Kau mutant ke?" Soalnya.

"Bawa kereta dulu,nanti saya cerita." Qaisha berkata lalu memakai tali pinggang keledar. Ikhwan mengangguk.

Di dalam perjalanan,Qaisha menceritakan tentang kisah hidupnya.

"Nama sebenar saya ialah Amaline Qai dan kakak saya ialah Selina Qai. Well,kitorang ni orang putih tapi telah diambil oleh keluarga angkat yang telah diarahkan oleh mummy untuk jaga kami.

Kami sebagai keluarga 'Qai' ialah keturunan dengan keluarga 'El' seperti Kal-El iaitu 'Superman' dan Kara Zor-El iaitu 'Supergirl'. Macam yang awak tahu,kuasa mereka pelbagai. Tapi,kuasa saya dan kakak lain sikit.

Kuasa mereka ialah boleh terbang dan,ya. Saya boleh terbang. Mereka tiada kuasa telekinesis tetapi saya ada. Saya juga seorang yang sangat pantas.

Seperti yang awak tahu,mereka lemah pada sejenis benda yang bernama 'Krypton'. Tapi,saya tidak tahu apakah kelemahan saya. Kalau krypton pun,manalah nak jumpa dekat bumi Malaysia ni,kan? Okeylah. Cukuplah saya cerita pasal asal usul saya."

Qaisha mengambil nafas.

"Jadi,selama ni kaulah yang selalu tarik rambut aku? Yang baling batu ke kepala Syaira?" Soal Ikhwan sambil menjeling Qaisha. Qaisha hanya mengangguk.

"Kata rahsia,tapi kenapa bagitahu aku?" Tanya Ikhwan. Matanya kelihatan bercahaya. Teruja sangat kot.

"Mummy kata,kalau kitorang dah kahwin,suami kena tahu kuasa kami." Kata Qaisha dengan penuh sopan.

Ikhwan berkata dengan teruja. "Kalau kau nak tahu,akulah peminat setia Superman!!" Dia meloncat sedikit. Air mata terharu bercampur gembira keluar sikit.

Qaisha bertepuk tangan sambil tersenyum. Ikhwan membalas senyuman Qaisha.

'Aku tak sangka,inikah perangai sebenar Ikhwan?' Soal Qaisha di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience