BAB 11

Romantic Comedy Completed 9626

Satu kelas ketawakan Qaisha. Qaisha yang sedang menahan geram merenung Kirana dan Syaira dengan tajam.

Kirana dan Syaira yang perasan akan renungan itu,hanya menjelir lidah. Selepas itu,mereka ketawa. Begitu juga Syamim.

Semakin galak penghuni kelas ketawa.

"Korang ingat saya main-main?" Soal Qaisha dengan gigi yang diketap. Geram sangat. *(writer pun geram juga sebenarnya)*

"Ha'ah." Ucap Kirana dan Syaira selamba. Mereka masih diposisi tangan di atas bahu.

Ikhwan bangun dan duduk di tempat yang jauh. Takut apa-apa terjadi.

'Aduhai. Nasib baik semua cikgu ada mesyuarat sampai rehat. Kalau tak,habislah...' Monolog Ikhwan dalam hati.

Tahap kesabaran Qaisha sudah meningkat. Tangannya mengepal penumbuk. Dia beristighfar di dalam hati.

"Hei,perampas. Cepat tunjukkan kuasa kau tu. Dah lah lembik,aku tampar sikit nangis... Ada hati nak ada kuasa." Ujar Kirana mengejek. Sekali lagi seisi kelas ketawa besar.

Mata Qaisha sudah berubah warna. Semua kelas terdiam.

"Kau orang nak sangatkan aku buat macam ni? Boleh... Siaplah korang." Ujar Qaisha. Dia tersenyum sinis.

Dia memandang Kirana dan Syaira yang sudah ketakutan. Mereka menelan air liur yang terasa perit.

"Siapa nak jadi mangsa?" Soal Qaisha lembut. Warna Matanya masih tidak berubah.

Semua kelas tidak berani menjawab. Qaisha memandang Syamim. Syamim sudah kecut perut.

Tangan Qaisha seperti hendak mencekik Syamim dari jauh. Belum sempat dia mencengkam leher Syamim,seseorang telah menariknya dengan berani.

Qaisha terduduk. Serta merta warna mata Qaisha bertukar normal. Dirinya sudah dapat dikawal.

Dia berpaling. "Pa... Papa?"

Encik Osman memandang Qaisha dengan muka marah.

"Apa kamu buat ni?" Tengkingnya.

Terkejut Qaisha. Dia sudah tidak tahu hendak jawab apa.

"Apa kamu cuba buat?" Soal Encik Osman lagi. Suaranya cuba dikawal.

Dengan sisa kemarahan yang masih ada,mata Qaisha berubah warna sekali lagi. Mukanya tampak bengis.

Qaisha bangun. "Papa tanya saya apa saya cuba buat? Apa saya cuba buat? Saya cuba cekik Syamim. Papa nak kena cekik juga ke?" Soalnya sinis.

Encik Osman kecut perut.

"Qaisha!" Jerit Ikhwan. Dia menarik Qaisha lalu jatuh ke dakapannya.

Qaisha tersentak. Serta merta kemarahannya hilang. Dia melepaskan pelukan.

Dia memandang sekeliling. Malu menguasai diri. Dia keluar dari kelas lalu menuju ke pagar sekolah dan berlari keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience