Hari yang ditunggu-tunggu oleh Encik Osman tapi bukan pada anaknya telah tiba.
"Aku terima nikahnya Nur Qaisha Amalina dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
Dengan sekali lafaz,Qaisha sudah sah menjadi milik Ikhwan.
Ikhwan mendekati Qaisha. Dia menyarungkan cincin ke jari manis Qaisha. Qaisha mencium tangan Ikhwan dan Ikhwan teragak-agak untuk mencium dahinya. Tak sampai dua puluh saat pun Ikhwan cium dahi Qaisha.
Qaisha yang agak terasa hati cuba memaniskan muka. Dia memandang para hadirin yang datang.
Tidak ramai yang datang pada hari itu kerana pernikahan ini secara kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga terdekat Ikhwan sahaja yang dijemput.
Sedang dia melihat para hadirin yang datang,matanya tertancap pada seseorang. Segera dia bangun dan berlari ke arah orang itu. Orang itu agak terkejut.
"Amaline Qai?" Soal orang itu.
Qaisha tersenyum. "Di sini,nama saya Qaisha. Saya sudah masuk islam. Kakak jangan kata,kakak bukan islam."
Orang itu mengangguk. Dia memeluk Qaisha dengan erat dan Qaisha membalasnya.
Kakak Qaisha ataupun namanya Salina Qaira sudah bertahun-tahun tidak bersua muka dengan Qaisha. Sejak kematian ibubapanya,dia sudah tiada orang yang tersayang kerana Qaisha sudah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga.
Proses pemindahan mereka berdua kebumi telah menyebabkan mereka berpisah. (Ala-ala macam dalam cerita 'Supergirl')
"Kakak tak sangka kakak berkawan dengan ahli keluarga suami kamu.." Ujar Salina dalam tangisan. Qaisha juga begitu.
Tiba-tiba semua orang bertepuk tangan. Mungkin kerana drama sedih tadi.
"Siapa ni,Qaisha?" Soal Encik Osman.
Qaisha bangun seraya mengelap air matanya. "Papa,ini kakak Qaisha,Salina. Kakak,ini papa."
"Tak tahu pula Qaisha ada kakak. Alhamdulillah... Dapat juga Qaisha jumpa dengan ahli keluarganya." Syukur Encik Osman.
Sekali lagi,Qaisha mengalirkan air mata. Ikhwan yang sudah bosan membawa diri kebilik.
"Jemput makan,kak." Jemput Qaisha.
Salina menarik Qaisha ke suatu tempat.
"Okey,kakak mahu uji adik. Apakah nama sebenar kakak?" Soal Salina.
Qaisha pura-pura berfikir. "Nama kakak ialah Selina Qai."
"Betul. Asal usul kita apa?
"Mama angkat Qaisha kata,Qaisha keturunan Kal-El iaitu 'Superman' dan Kara Zor-El iaitu 'Supergirl'. Tapi,kuasa kita lain sikit." Hujah Qaisha. Salina mengangguk.
"Amaline ada guna kuasa dekat orang?" Soal Salina.
Qaisha tersengih. "Ada. Kalau orang tu buat tak kisah apa yang Al cakap atau orang tu buli Al."
Salina menggelengkan kepala. "Mummy says,if we have married,our husband have to know our superpower."
Qaisha membuat /rolleye./ "Kakak ni,duduk kat bumi Malaysia ni,dah tunggang terbalik bahasa inggeris. Yelah... Boleh torture Ikhwan."
Salina sudah memberikan renungan tajam. Matanya sudah berubah warna.
"Sorry." Qaisha sudah kecut perut. Takut kakaknya menggunakan kuasa terhadapnya.
"Boleh Al panggil Ikhwan?"
"Kenapa?"
"Panggil jela..."
"Okey."
Qaisha mendaki tangga. Dia mengetuk pintu.
Knock. Knock.
"Apa?" Soalnya dingin.
"Kakak nak jumpa."
Ikhwan keluar dari bilik. Pakaiannya sama macam tadi. Dia jalan beriringan dengan Qaisha.
Setibanya dihadapan Salina,Salina menyuruh Qaisha pergi. Qaisha hanya menurut.
"Ada apa,kak?" Soal Ikhwan pura-pura baik.
"Kakak nak ingatkan,jaga Qaisha baik-baik. Jangan buat dia marah." Ujar Salina lalu berlalu pergi.
Qaisha yang mendengar tersenyum. Ikhwan merengus.
Share this novel