BAB 2

Romantic Comedy Completed 9626

Pagi itu,Qaisha bangun awal kerana tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan diperkatakan oleh gurunya.

Tepat jam tujuh,dia sudah memulakan langkah menuju ke sekolah. Walhal,sekolah bermula pada jam lapan pagi.

Sesampainya di sekolah,dia meletakkan begnya di dalam kelas. Sementara menunggu pelajar lain datang,dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar untuk mengambil angin pagi.

Ketika lalu dihadapan pagar sekolah,dia ternampak Encik Osman bersama anaknya melangkah masuk.

Segera dia menunduk hormat kepada gurunya itu.

"Assalamualaikum cikgu. Assalamualaikum Ikhwan."

Encik Osman tersenyum. "Waalaikumussalam. Ikhwan, jawab salam."

"Waalaikumussalam." Jawab Ikhwan acuh tak acuh.

"Aduh!" Ikhwan mengerang kesakitan. Terasa rambutnya ditarik-tarik oleh seseorang.

Dia mencari siapakah gerangan tersebut tetapi tiada sesiapa pun di belakangnya. Misteri betul.

"Cikgu,pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Encik Osman lalu pergi ke pejabatnya.

"Oh! Dan jangan lupa nanti." Sambungnya lagi.

Qaisha hanya mengangguk. Ikhwan yang masih dengan muka dinginnya,masuk ke dalam kelas. Dia meletakkan beg di belakang meja Qaisha.

Qaisha duduk ditempatnya. Sementara menunggu pelajar lain masuk,dia membuka buku.

'Memang cukup pakej betul. Dahlah cantik,sopan,rajin pulak tu.' Puji Ikhwan di dalam hati. Eik?

'Ada apa cikgu nak jumpa aku? Dengan Ikhwan sekali pulak tu. Hurmm...' fikir Qaisha.

Sedang dia ligat berfikir,tiba-tiba mejanya dipukul kuat. Dia mengangkat muka.

"Hai Qaisha. Buat apa tu?" Soal Syaira dengan sinis. Hampir setiap hari Qaisha dibuli olehnya.

Qaisha yang agak takut hanya menjawab dengan sopan. "Saya... Saya baca buku. Awak pula buat apa?"

Syaira tersenyum sinis. "Aku tengah kacau kau. Takut nampak."

"Err... Mana ada. Saya hanya takut kepada Allah." Qaisha berkata dengan sopan. Tahap kesabaran masih dikawal. Kalau tak,habis satu sekolah tunggang terbalik.

"Eleh... Tunjuk baik konon. Bla lah.." Syaira berkata seraya menunjal kepala Qaisha beberapa kali.

"Apa awak ni? Sakitlah." Qaisha menggosok dahinya.

Syaira yang suka lebih galak menunjal kepala Qaisha. Qaisha yang tidak berani untuk menunjukkan kuasanya hanya membiarkan sahaja.

"Woi! Kau jangan kacau dia boleh tak?!" Marah Ikhwan tiba-tiba. Terkejut dia apabila Qaisha diperlakukan sebegitu.

Syaira terkejut lalu tersenyum. "Hmm.. Encik hero dah datang."

Dia masih lagi menunjal kepala Qaisha.

Qaisha yang geram menggerak-gerakkan tangannya sedikit. Tiba-tiba sebuah batu kecil terbang tepat ke dahi syaira.

"Aduh! Siapa baling ni? Tiba-tiba je." Kata Syaira sambil menggosok dahinya.

"Itu untuk balasan orang yang gedik macam kau." Kata Ikhwan. Dia pun pelik,siapa yang baling batu tu?

Qaisha agak terkejut dengan tindakannya sendiri. 'Takpelah. Syaira yang salah. Bukan salah aku pun kan?' Ujarnya dalam hati.

'Kenapa aku tiba-tiba tolong Qaisha? Aku suka dia ke? Nope and never.' Monolog Ikhwan di dalam hati.

Tepat jam tujuh empat puluh lima,kelas telah dipenuhi ramai orang. Seorang budak perempuan mengambil tempat disebelah Qaisha.

"Woi! Kau buat apa dengan Syaira?" Soal Kirana iaitu,sahabat baik Syaira dan mereka adalah pembuli sejati Qaisha.

Qaisha mengangkat bahu. "Saya tidak buat apa-apa pun. Dia yang kacau saya tiba-tiba."

Kirana yang geram hendak membuka bicara tetapi tidak sempat kerana cikgu sudah melangkah masuk. Dia mengambil keputusan untuk membuli Qaisha nanti.

Kring!!

Loceng rehat sudah berbunyi. Semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas. Qaisha berjalan ke meja Ikhwan. Kelihatan Ikhwan sedang melukis sesuatu.

"Err..." Kata-kata Qaisha terhenti apabila terlihat lukisan Ikhwan. cantiknya!

Ikhwan mengangkat muka. "Apa?" Ujarnya dingin.

"Err... Cikgu Osman nak... kita berdua jumpa... dia sekarang." Kata Qaisha tergagap-gagap.

'Oh,Ikhwan! Kenapalah kau ni kacak sangat?' Gumamnya di dalam hati.

"Ok. Kau tunggu aku kat luar kelas. Nanti aku datang." Ikhwan berkata dingin lalu sambung melukis. Qaisha hanya mengangguk.

Qaisha duduk di luar kelas sambil bermain dengan duit syilingnya. Ikhwan melihat Qaisha melalui ekor matanya.

Alangkah terkejutnya dia kerana duit syiling itu seakan-akan terapung. Dia menutup buku sketchnya lalu menuju ke arah Qaisha.

"Ok,let's go!" Katanya.

Qaisha terkejut. Segera dia menyimpan duit syiling itu ke dalam poketnya.

"Aduh! Dia dah nampak ke?" Bisik Qaisha.

"Ok. Jom." Mereka berdua jalan beriringan ke bilik guru.

Suasana amat senyap di antara mereka berdua. Qaisha mengambil keputusan untuk membuka bicara. "Agaknya,cikgu nak bincang apa,ya?"

"Entah." Ujar Ikhwan.

"Ok." Kata Qaisha.

Sesampainya di hadapan bilik guru,mereka membuka kasut lalu menuju ke meja Encik Osman.

"Ha! Sampai pun kamu berdua. Duduk sini." Encik Osman menyuakan jarinya ke dua buah kerusi.

Mereka duduk. Berdebar-debar rasanya apabila duduk bersebelahan. Encik Osman pun membuka bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience