BAB 1

Romantic Comedy Completed 9626

Selepas hanya menghabiskan 15 minit menguis-nguis makanan di hadapannya, Ikhwan bangun dari kerusi lalu menuju ke pintu. Dia membukanya.

"Ikhwan,kamu nak pergi mana tu? Hari ni kan cuti. Habiskan makanan kamu ni dulu." Panggil Encik Osman.

Ikhwan terus keluar lalu memakai kasut. Dia membuka pintu kereta lalu memasukinya. Dengan cepat,dia membawa kereta keluar dari perkarangan rumah.

"Apalah nak jadi dengan Ikhwan ni. Aku kena cari calon dengan cepat." Kata Encik Osman seorang diri. Dia menggeleng.

Tiba-tiba dia tersenyum. "Ha! Budak perempuan comel ni kan satu kelas dengan Ikhwan. Baguslah nak jadikan menantu." Dia meneliti gambar yang terdapat ditelefonnya.

Encik Osman sebagai guru kelas Ikhwan,memang menyimpan semua gambar pelajarnya. Walaupun Ikhwan anaknya,tetapi ketegasan perlu ada.

Qaisha yang sedang makan berseorangan termenung sendirian.

Rumah sewa yang tersembunyi dari pandangan orang lain didudukinya selama empat tahun. Dia duduk bersendirian atas sebab tertentu.

Sedang dia melayan perasaan, tiba-tiba telefonnya berdering. Lagu 'Titanium' terhenti apabila talian diangkat.

"Assalamualaikum,cikgu." Ujarnya sopan. Sememangnya dia menyimpan nombor guru kelasnya.

"Waalaikumussalam. Cikgu ada perkara yang nak dibincangkan dengan kamu." Kata Encik Osman dengan tegas.

"Esok,jumpa saya di bilik guru bersama Ikhwan pada waktu rehat." Sambungnya lagi.

"Baik cikgu,In Sha Allah. Bye cikgu,Assalamualaikum." Qaisha memutuskan talian.

Dia mengeluh. "Apa salah aku? Aku ada buat salah ke? Aku ni dahlah anak yatim piatu. Kalau ada salah,nak mengadu kat siapa? Kawan pun suka buli aku."

Sekali lagi dia mengeluh. Apa salahnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience