Hari ini merupakan hari cuti. Oleh itu,Encik Osman menjemput Qaisha datang ke rumahnya untuk mengisi masa lapang. Qaisha yang patuh hanya menurut.
Ikhwan pula asyik merenung Qaisha dengan tajam. Naik takut Qaisha. Encik Osman pula asyik menegur.
Aktiviti pada hari itu ialah ulangkaji pelajaran,merasa masakan Qaisha dan temu bual antar sesama sendiri.
*Pada sesi mengulangkaji pelajaran...*
"Qaisha,betulkah ini?" Encik Osman menunjukkan soalan yang dibuat oleh Ikhwan.
Qaisha menggeleng. "Salah ni..." Ujarnya lalu mengajar caranya.
"Hish! Berlagak pandai." Bisik Ikhwan. Tiba-tiba rambutnya terasa ditarik-tarik. Seperti biasa,tiada orang lain disitu.
Qaisha yang melihat perlakuan Ikhwan tersenyum senget.
*Pada sesi merasa masakan Qaisha..*
Qaisha menghidangkan dua pinggan nasi goreng kampung,ayam berlada dan dua cawan carrot susu.
"Baik. Papa rasa dulu." Ujar Encik Osman. Dia memasukkan sesudu nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.
Matanya membesar. Dia memasukkan pula ayam masak merah diikuti Ikhwan.
Selepas itu,mereka menghabiskan makanan masing-masing dengan cepat. Carrot susu disedut sehingga habis.
"Err... Dari tadi cikgu dan Ikhwan tak cakap apa-apa pun. Mmm.. Comment?" Soal Qaisha ragu-ragu.
Encik Osman mengangkat ibu jari sambil tersengih. "Sedap giloss.."
"Sedapnya... Mmm" Jawab Ikhwan acuh-acuh tak acuh.
Sekali lagi,dia merasa rambutnya ditarik-tarik.
*Pada sesi temubual sesama sendiri...*
"Untuk lebih tahu tentang masing-masing,soal lah apa-apa. Pastikan,segalanya jujur." Arah Encik Osman. Ikhwan dan Qaisha mengangguk.
Ikhwan menyuruh Qaisha memulakan dahulu. Qaisha hanya mengangguk.
"Errmmm.. Awak ada emak?" Soal Qaisha sambil menunduk dan pejam mata.
Takut Ikhwan dan Encik Osman terasa.
"Allah sudah menjemputnya dua tahun lepas." Kata Ikhwan tanpa perasaan.
"Sorry." Qaisha mengangkat muka. Ikhwan masih dengan muka dinginnya.
Encik Osman tersengih. "Kalau Ikhwan nak mama lagi,boleh... Papa dah ada calon."
Ikhwan merenung Encik Osman dengan tajam. Mati sengihan Encik Osman.
"Okey. Aku pula. Kau ada bela saka ke?" Sengaja Ikhwan bertanya begitu kerana setiap kali dia menjawab apa-apa dengan acuh tak acuh,pasti rambutnya akan terasa ditarik-tarik.
Qaisha mengerutkan dahi sambil menggeleng perlahan. Ikhwan mengangguk.
Selepas habis sesi soal jawab,mereka berehat buat sementara.
"Minggu depan dah boleh nikah." Ujar Encik Osman.
Ikhwan menutup telinga kerana tidak suka akan perkataan 'nikah'. Dia berlari menaiki tangga lalu memasuki bilik.
"Sorry,ya Qaisha. Ikhwan memang macam tu. Harap,nanti Qaisha jaga dia elok-elok." Ujar Encik Osman dengan kesal.
Qaisha mengangguk.
'Dan dia akan tahu siapa saya.' Sambung Qaisha didalam hati.
Share this novel