Setibanya di sekolah,mereka berjalan beriringan memasuki pagar sekolah.
Tiba-tiba Ikhwan bertanya. "Agaknya anak-anak kita macam mana,eh? Ada kuasa jugak tak?"
Qaisha terkedu. Lalu membuat muka selamba. "Maaf,saya tak boleh mengandung."
Ikhwan terkejut. "Har?"
Qaisha membuat muka sinis. "Ehem. Awak,manusia. Saya,alien. Jadi,tak bolehlah. Melainkan,awak sama species macam saya. Dan,saya harap,kakak dapat berjumpa dengan yang sama species,sama keturunan."
Ikhwan mengangguk seraya mencebik. Qaisha hanya tergelak kecil.
"Tak dapat cuculah ayah aku..." Ikhwan memuncungkan mulut.
Qaisha tergelak. "Kalau saya ada kuasa laser mata,dah lama saya laser mulut awak tu."
"Hey,hey,hey. Aku suami kau okey." Ikhwan memberi jelingan tajam.
"Kau ada tiga kuasa jelah,ya? Terbang,telekinesis dengan kelajuan?" Soal Ikhwan mengubah topik. Qaisha mengangguk.
Mereka memasuki kelas lalu meletakkan beg di tempat masing-masing.
Syaira dan Kirana mendekati Qaisha.
"Amboi,bermesra dengan lelaki,nampak." Ujar Syaira sinis.
"Haha. Kata A.L.I.M." Kata Kirana lalu menolak Qaisha hingga terjatuh.
Mata Qaisha sudah berubah warna kerana marah. Sudah lama dia memendam perasaan dendam.
Ikhwan tergamam. Patutlah kak Salina kata jangan buat Qaisha marah. Nanti habis,satu sekolah tunggang terbalik.
Qaisha yang baru hendak bangun,segera dipeluk Ikhwan. Ikhwan mahu menenangkan Qaisha.
Syaira dan Kirana terkejut. Lelaki yang panas baran dan pendiam macam ni,berani peluk orang?
"Woi! Kau jangan peluk-peluk orang boleh tak? Qaisha tu aku punya." Ujar seorang pelajar lelaki bernama Syamim sambil menarik Ikhwan dengan kasar.
Qaisha kembali normal. Dia membalas pelukan Ikhwan. Syamim terkejut. Seisi kelas terperanjat.
Encik Osman memasuki kelas. Dia juga terkejut apabila ternampak Ikhwan dan Qaisha berpelukan.
"Apa kamu buat ni?" Soal Encik Osman,tegas.
"Entah! Cikgu ajar sikit anak cikgu ni. Rampas hak milik orang." Kata Shamim dengan biadapnya.
Encik Osman memberi renungan tajam kepada Ikhwan dan Qaisha. Qaisha juga memberikan renungan tajam kepada Encik Osman. Kalau ada laser mata,dah lama tembus biji mata Encik Osman.
Encik Osman memandang Shamim. "Apa hak milik kamu yang Ikhwan ambil?"
Shamim tersenyum sinis. "Qaisha,cikgu."
Terhambur ketawa Encik Osman,Ikhwan dan Qaisha. Seisi kelas juga mentertawakan Shamim. Shamim membuat muka bengang.
"Apa yang lawak?" Soalnya marah.
"Awak tahu tak,saya sudah menjadi hak milik orang. Sekarang,saya ialah menantu Encik Osman" Ujar Qaisha. Sekarang,tiada istilah sopan dalam kamus hidupnya.
Kirana dan Syaira terkejut. Seisi kelas terdiam. Kirana lebih terkejut kerana dia sudah lama menaruh hati terhadap Ikhwan.
Kirana mengepal penumbuk. "Jaga kau,Qaisha!"
Share this novel