BAB 8

Romantic Comedy Completed 9626

Pada waktu rehat,Ikhwan dan Qaisha berehat bersama-sama.

"Awak tak nak belanja saya ke?" Soal Qaisha.

Ikhwan membuat muka pelik. "Kenapa pula?"

"Awakkan suami saya. Awak kenalah belanja saya." Ujar Qaisha sambil mengelip-ngelipkan mata.

Ikhwan merengus. "Ha,nak makan apa?"

"Nasi lemak boleh?" Pinta Qaisha,manja.

'Eh,minah ni. Boleh cair aku sebulan.' Getus hati Ikhwan.

"Apa-apa saja untuk buah hatiku..." Ujar Ikhwan acuh tak acuh sambil tersenyum paksa.

"Yeay!" Sorak Qaisha.

Ikhwan berlalu pergi bagi membeli makanan. Qaisha hanya duduk sambil melayan perasaan.

Tiba-tiba Kirana muncul di hadapan Qaisha.

"Ya,ada apa-apa saya boleh bantu?" Soal Qaisha.

Kirana membuat muka bengis. "Kau jangan sesekali dekati Ikhwan! Aku tak kisahlah kau dah kahwin ke belum!" Bentaknya tiba-tiba.

Syaira pula menghampiri Qaisha lalu menamparnya.

Qaisha memegang pipinya yang sakit. "Awak nak apa?!" Qaisha meninggikan suara. Sejak kahwin ni,Qaisha cepat marah.

"Dan,sebab kau muncul,Syamim sukakan kau. Kalau kau mampus lagi bagus." Ujar Syaira dengan kemarahan yang membuak-buak.

Qaisha membuka mulut dan berkata dengan berani "Kan Syamim dah tahu saya dah kahwin,awak pergilah dekati dia. Awak nak orang suka awak je,awak bukannya nak berusaha mengorat orang!"

Syaira terkedu. Kirana mengepal penumbuk.

"Apa gaduh-gaduh ni? Tak malu ke budak form one tengok? Dah tingkatan enam tu,buat cara tingkatan enam." Ujar Ikhwan tiba-tiba. Dia meletakkan nasi lemak di hadapan Qaisha.

"Thank you hubby." Ujar Qaisha. Sengaja memanaskan Kirana dan Syaira.

Tiba-tiba Kirana menumbuk Qaisha. Qaisha terjatuh. Ikhwan juga terjatuh. Masing-masing mengerang kesakitan.

"Apa kau nak,har?" Soal Qaisha dan Ikhwan serentak.

"Aku nak kau lepaskan dia!" Ujar Kirana dan Syamim serentak. Syamim?

Tiba-tiba je dia muncul.

Ikhwan bangun lalu menarik tangan Qaisha. Dia membawa Qaisha pergi dari situ. Mereka menuju ke bilik guru.

Setibanya di situ,mereka berdua melaporkan kejadian tadi kepada Cikgu Osman.

"Kalau macam ni,kamu berdua kena cari kawan. Kamu berdua ni,takde kawan baik langsung kan?" Soal Cikgu Osman. Mereka berdua mengangguk.

"Tapi,dia lah kawan saya." Kata Qaisha dan Ikhwan serentak. Mereka menunding ke arah satu sama lain.

"Itu pasangan,bukan kawan!" Desis Cikgu Osman.

"Hmm.." Mereka memandang sesama sendiri.

^^^^^

Qaisha menghempaskan dirinya ke atas katil. Ikhwan juga begitu.

"Saya boleh tidur atas katil?" Soal Qaisha. Dia tersenyum manis.

"Tak." Jawab Ikhwan sepatah.

Qaisha berdiri. Matanya sudah bertukar warna. Dirinya terapung. Barang-barang yang berada di dalam bilik juga diapungkannya. Kalau dilepaskan,pecah dan rosak habis.

Ikhwan sudah kecut perut. 'Papa!! Kenapa papa kahwinkan Ikhwan dengan perempuan mutant macam ni??' Jeritnya dalam hati.

"Okey-okey. Boleh tidur sini." Ujar Ikhwan sambil menepuk tilam.

Qaisha turun dengan perlahan-lahan. Begitu juga dengan barang-barang yang diapungkannya.

Tiba-tiba Qaisha ketawa. Kuat!

"Kenapa gelak?" Soal Ikhwan.

Qaisha berhenti ketawa. "Saya sebenarnya saja je nak takutkan awak."

Ikhwan menahan geram. "Kenapalah aku kahwin dengan perempuan mutant macam kau." Bisik Ikhwan sangat perlahan.

Qaisha terdengar. Satu je kelebihan yang dia sorokkan iaitu,pendengaran yang kuat.

"Saya bukan mutant. Saya supernatural!!" Jerit Qaisha.

Ikhwan tersentak. Macam mana dia boleh dengar?

Qaisha baring di sebelah Ikhwan. Ikhwan pura-pura tidur.

Qaisha pura-pura merajuk. Dia terus tidur.

Ikhwan membuka mata. 'Merajuk ke? Ah! Biarlah.' Dia menyambung tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience