bab 1

Romance Completed 5932

" Tak kira walau apa pun alasan kamu, ayah nak kamu khawin juga dengan Dhia !!! Benda dah jadi sampai mcm ni kamu masih nak berdegil ?!!!" Kata ayah dengan nada marah kepada aku.

" Ayahh, Am tak salah yahh. Sumpah Am dgn Dhia takde buat apa apa. Kami pun tak tau mcm mana boleh jadi mcm ni." Kata aku cuba menegakkan keadilan. Aku memandang Dhia yang sedari tadi menangis teresak esak.

" kami diperangkap Yah, kami diperangkap. Percaya la dekat Am ayah. Ye, Am tau memang Am selalu keluar pergi berhibur apa semua. Tapi Am tak pernah rosakkan anak dara orang, Am masih tau hukum hakam ayah. Am tau apa yang Am boleh buat apa yang Am tak boleh buat. Am masih jaga batas pergaulan Am Ayahh!!" Kata aku dengan nada sedikit keras. Geram aku apabila Ayah dan Emak tidak mempercayai aku. Sungguh aku kesian melihat Dhia. Masih terngiang ngiang kata Pakcik Harun sebentar tadi sebelum dia meninggalkan rumah dan membuang Dhia.

" Aku takde anak mcm kau !! Dari kecil aku didik kau Dhia, aku didik kau dengan ajaran agama ! Aku bagi kasih sayang yang cukup untuk kau ! Aku jaga kau ! Aku selalu ingatkan kau tentang halal dan haram ! Tapi ni yang kau balas Dhia ? Ni yang balas dekat aku ?!! Aku menyesal ada anak mcm kau !! Mulai hari ini kau bukan lagi anak aku. Aku tak pernah ada anak yang berperangai binatang mcm kau Dhia ! Mulai saat ni jangan berani kau jejakkan kaki ke rumah aku lagi !! Aku haramkan walau bayang bayang kau melepasi pintu pagar rumah aku !!" Kata Pak Harun lalu pergi meninggalkan rumah kami tanpa menoleh kebelakang.

" Sekarang ni Ayah bagi kamu dua pilihan, sama ada khawin dengan Dhia atau keluar dari rumah ni." Kata ayah kepada aku. Sungguh aku terkejut dengan apa yang baru diperkata oleh ayah. Aku termenung sambil memikirkan apa yang harus aku lakukan. Apa nasib aku dan Dhia ? Apa yang akan berlaku dekat Dhia kalau aku memilih untuk keluar dari rumah.

" Baiklah Ayah, Am akan khawin dengan Dhia. Am akan buat ikut apa yang Ayah nak." Kata aku setelah puas memerah otak untuk mencari jawapan.

" kalau begitu, nanti Ayah akan pergi berjumpa dengan Pakcik Harun untuk berbincang dan menjadi wali semasa perkhawinan kamu nnti. Dan perkhawinan kamu akan di langsungkan minggu depan dan hanya dilakukan di rumah ini secara kecilan." Tambah ayah lagi sebelum berlalu meninggalkan ruang tamu dan keluar dari rumah. Aku melihat ke arah Dhia yang masih berada di dalam pelukan Emak. Aku memandang wajah Emak dan hati aku menjadi sayu dan pilu. Aku menapak ke arah Mak dan melutut di hadapannya.
 
" Makk, Adam tak buat semua tu Mak. Sumpah Mak Adam tak buat. Mak percayakan Adam kan Mak ?" Kata aku sambil mencium tangan Mak.

" Mak percayakan Adam dan Dhia. Jangan risau, Mak percaya dekat kamu berdua. Anak Mak takkan buat perkara mcm ni." Kata Mak sambil menangis lalu mencium dahi aku dan Dhia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience