bab 13

Romance Completed 5932

Pada malam itu, di balkoni bilik.

" so, apa keputusan Dhia ? Am dah bagi Dhia masa yang cukup rasanya. Dah setahun 10 bulan Am bagi Dhia masa. Am rasa masa tu dah cukup untuk Dhia fikir masak masak. " soal Am kepada Dhia.

Dhia menggapai tangan Am lalu menggenggam erat tangan Am.

" Am, Dhia sedar selama ni Dhia bnyak menyusahkan Am, buat Am tertunggu tunggu, keluar belakang Am jumpa lelaki lain..." belum sempat Dhia menghabiskan ayat Am sudah menarik tangannya dari genggaman Dhia.

" Am nak tanya Dhia sesuatu dulu. Sape sebenarnya lelaki tu ?" Soal Am

" Am.. " kata Dhia sambil memandang Am

" Takpe, Am nak dengar sendiri dari mulut Dhia. Siapa lelaki tu sebenarnya ?" Soal Am lagi.

" lelaki tu sebenarnya bekas kekasih Dhia. Nama dia Nazran. Nazran cinta pertama Dhia and dia adalah lelaki yang paling Dhia sayang selain dari ayah Dhia. Dia satu satunya lelaki yang bertakhta di hati Dhia selama ni. Dhia memang sayang and cinta dekat dia sangat sangat. Dhia rasa mcm hidup Dhia tak lengkap bila Nazran takde. Selama ni bila Am takde keluar pergi kerja Dhia akan keluar jumpa Nazran tanpa pengetahuan Am. Jujur Dhia cakap memang Dhia pernah berharap agar Dhia dan Nazran diberi peluang kedua and Dhia pernah terfikir nak minta cerai dari Am sebab nak balik semula pada Nazran.." belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya Am sudah bangun dan meninggalkannya di balkoni. Dhia yang terkejut hanya melihat Am pergi meninggalkannya. Dhia segera bangun bagi mendapatkan Am semula.

Setibanya di ruang tamu Dhia melihat Am sedang mengambil wallet dan kunci kereta. Baru sahaja Am ingin menapak pergi Dhia telah menarik tangannya.

" Am nak pergi mana ?" Soal Dhia.

" Keluar " hanya sepatah jawapan yang keluar dari bibir Am.

" Am, please jangan macam ni. Dengar dulu apa yang Dhia nak cakap." Balas Dhia, cuba untuk menahan Am dari pergi. Sungguh dia tidak sanggup untuk kehilangan Am lagi.

" Dengar apa yang Dhia nak cakap ? Am rasa Am tau kot apa yang Dhia nak cakap. Dhia nak kita berceraikan ? Yela, nnti senang la kan Dhia nak balik semula dekat lelaki tu." Balas aku dengan nada sedikit keras.

" tak Am, Dhia taknak berpisah dengan Am. Am tolong la jangan cakap mcm ni. Dhia tak boleh bila Am takde. Sumpah Am, Dhia dengan Nazran dah takde apa apa. Dhia dah lama tak contact dengan dia. Dhia dah takde hati dekat Nazran. Percaya la cakap Dhia ni Am." Balas Dhia cuba meyakinkan aku.

" ok kalau mcm tu, malam ni Am nak hak Am. Hak Am sebagai seorang seorang suami yang sepatutnya Am dah dapat lama dulu. Sanggup Dhia bagi ?" Balas Am menduga Dhia.

" Amm ! Apa yang Am cakap ni ! Kenapa tiba tiba malam ni Am ?" Soal Dhia kepada aku dengan nada bergetar.

" see, Dhia sendiri ragu ragukan ? Dhia sendiri masih ragu ragu dengan Am. Dhia sendiri masih tak berani nak serahkan sepenuhnya diri Dhia pada Am." Balas aku pula.

" takpelah Dhia, anggap la apa yang impikan selama ini akan tercapai. Am pergi dulu." Sambung aku lagi dan berlalu meninggalkan Dhia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience