bab 15

Romance Completed 5932

Keesokkannya, awal pagi lagi aku sudah pulang ke rumah dan melangkah sahaja aku masuk ke dalam rumah aku melihat Dhia sedang menyapu sampah di ruang tamu rumah. Dhia memalingkan wajahnya dan terus senyum saat melihat aku pulang dan segera berlari memeluk aku. Pelukkan sungguh erat tetapi aku hanya membiarkannya.

" Am, Am pergi mana ? Puas Dhia call, ws , mesj Am. Tapi satu pun dapat." Katanya

" Am balik ni sebab nak serahkan ni dekat Dhia. Dalam ni ada beberapa borang yang perlu Dhia tanda tangan. Am dah letakkan tanda tangan Am dekat situ. Cuma perlukan tanda tangan Dhia je sekarang ni." Kata aku dengan nada mendatar.

" Amm, ni bukan borang cerai kita kan ? Am tolong jangan mcm ni. Dhia merayu dekat awk sayang. Jangan tinggalkan Dhia. Dhia sayang awk, Dhia cintakan awk. Dhia sanggup serahkan semua yang ada dekat Dhia pada awk. Dhia rela. Kalau tu saja cara yang ada untuk Dhia buktikan pada Am yang Dhia betul betul perlukan Am dalam hidup Dhia. Dhia sanggup Am." Kata Dhia sambil memegang erat lengan aku dan tangisan teresak esak.

" Am, Dhia merayu dekat Am. Tolong Am. Jangan buat Dhia macam ni." Tangisan Dhia semakin kuat.

Bunga kau lah cahya.
Bunga kau lah bintang.
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segala mimpiku

Ku menunggu kamuu uuu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia, Yang terindah dari Dia
Waktu terus berguling, dengan doa harapan kau didakapan ku

Aku menyanyikan lagu kegemaran aku dan Dhia mengangkat wajahnya.

" Cuba awk tengok dulu apa kandungan borang dekat dalam tu." Kata aku sambil mengusap lembut pipi Dhia. Dhia segera membuka sampul borang diberi oleh Am.

BORANG PEMBELIAN RUMAH

" apa ni Am ?" Soal Dhia

" ni namanya borang pembelian rumah sayang. Am beli rumah dekat Putrajaya and rumah tu atas nama sayang. Tu bukannya borang cerai sayang " kata aku sambil tergelak.

" Ammmm ! Sampainya hati buat Dhia mcm ni." Jerit Dhia dan aku hanya mampu ketawa besar melihat Dhia.

" so macam mana ? Jadi tak lakonan Am malam tu ? Hahahhahahahaha " memang aku tergelak besar melihat gelagat Dhia dan muka Dhia kemerahan akibat menahan malu dan berasa geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience