bab 9

Romance Completed 5932

Baru seminggu Am pergi meninggalkan Dhia tetapi Dhia sudah merasa seperti Am telah meninggalkanya selama berpuluh tahun.

" Dhia jangan la mcm ni. Makan la sikit, nnti kembung perut tu. Kang tak pasal pasal kau kena gastrik. Takkan la setahun lapan bulan kau taknak makan. Baru seminggu Am pergi sana Dhia." Kata Jannah yang risau melihat keadaan Dhia. Sudah 2 hari Dhia menginap dirumahnya. Jannah risau memikirkan Dhia tinggal keseorang didalam rumah itu. Emak dan Ayah Am ada mempelawa Dhia supaya duduk dengan mereka tetapi ditolak oleh Dhia.

Telefon bimbit Dhia berdering, laju sahaja Dhia mendapatkan telefonnya dan berharap agar Am menelefonnya tetapi itu semua cuma harapan yang sia sia. Sebaliknya Nazran yang menelefon Dhia. Dhia hanya membiarkan sahaja panggilan itu.

" haa tu cinta pertama kau dah telefon. Kenapa tak jawap. Bukan ke cinta pertama tu yang kau sayang sangat sampai sanggup menipu suami sendiri haritu. Habistu ni, kenapa tak angkat ?" Kata Jannah memerli Dhia. Dhia hanya membiarkan sahaja. Dhia tau yang Jannah sememangnya seorang yang bermulut pedas. Sudah lali benar Dhia dengan mulut Jannah. Tetapi semua yang diperkata oleh Jannah adalah betul. Jadi tiada sebab untuknya memarahi Jannah.

" kalau rasa nak makan kang kau makan la makanan ni, kalah taknak gi hntar makanan ni ke dapur." Pesan Jannah sebelum meninggalkan Dhia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience